• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IPT Keluarkan Surat Pelajar Pulang, Tidak Perlu Ke Balai

oleh
06/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) akan mengeluarkan surat kebenaran merentas daerah dan negeri kepada pelajar, ibu bapa atau penjaga bagi pergerakan pulang pelajar ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri ini.

Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik Jabatan Pendidikan Tinggi, Dr Mohd Suzeren Md Jamil berkata, pelajar, ibu bapa atau penjaga hanya perlu menunjukkan surat berkenaan kepada anggota keselamatan di sekatan jalan raya (SJR).

“Memadai dengan surat kebenaran ini. Pelajar, ibu bapa atau penjaga tidak perlu bersesak-sesak ke balai polis untuk memohon surat kebenaran bagi tujuan pergerakan pulang ke kampung dan balik ke kampus semula,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Mohd Suzeren berkata, setakat ini pelajar tidak dibenarkan menggunakan kenderaan awam untuk pergerakan pulang dan hanya dibenarkan dengan kenderaan sendiri, kenderaan ibu bapa, kenderaan yang diatur oleh IPT atau penerbangan sahaja.

Kementerian Pengajian Tinggi sebelum ini mengumumkan lebih 100,000 pelajar IPT yang kini berada di kampus dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bersempena cuti Hari Raya Aidilfitri kecuali bagi Sarawak.

Pergerakan pelajar secara berfasa itu ditetapkan dari 7 hingga 12 Mei dari kampus ke kediaman masing-masing manakala tarikh kembali ke kampus bermula 15 hingga 20 Mei.

Hanya pelajar yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) sahaja dibenarkan pulang, manakala mereka yang berada di bawah PKP Diperketatkan (PKPD) perlu terus berada di kawasan masing-masing.

Menurut Mohd Suzeren, pelajar yang sedang menjalani latihan industri (praktikal) juga dibenarkan pulang mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang sama kerana mereka dikategorikan sebagai pelajar yang sedang menyambung pengajian di kampus.

Beliau berkata, bagi pergerakan pulang pelajar ke kampus masing-masing, pelajar yang datang dari kawasan PKP akan menjalani pengasingan di kampus atau di kediaman masing-masing sebelum dibenarkan memulakan sesi pembelajaran.

“Kecuali bagi pelajar ke Sabah, mereka perlu mengikuti SOP semasa iaitu menjalani ujian calitan tiga hari sebelum penerbangan ke sana,” katanya.

Mohd Suzeren turut berharap pelajar menggunakan peluang untuk beraya bersama keluarga sebaiknya dengan mematuhi SOP hari raya seperti yang ditetapkan kerajaan. – BERNAMA

Tags: Hari Raya AidilfitriPelajar IPT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar IPT Parah Ditikam Rakan Lelaki Di Kampus

Pelajar IPT Parah Ditikam Rakan Lelaki Di Kampus

17/03/2025
0

SUNGAI PETANI - Seorang pelajar perempuan parah selepas ditikam oleh rakan lelaki dalam kejadian di sebuah kampus institusi pengajian tinggi...

Subsidi RM300 Pelajar IPT Dalam Sabah Pulang Ke Kampung – Hajiji

Subsidi RM300 Pelajar IPT Dalam Sabah Pulang Ke Kampung – Hajiji

03/11/2024
0

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah akan memberikan bantuan subsidi RM300 kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd