• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Instafamous Israel ‘Koyak’ Berdepan Fakta Caprice

oleh
21/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Siaran langsung antara penyanyi rap, Caprice bersama instafamous dari Israel, Shiraz dan Orin menerusi satu panggilan video di Instagram pada Khamis menarik perhatian warganet apabila wanita itu kelihatan ‘koyak’ sebaik diajukan beberapa soalan mengenai penjajahan di Palestin.

Meskipun sebelum siaran berlangsung, Caprice telah meminta semua peminat dan warganet yang ingin menonton sesi ‘Live IG’ itu supaya tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan meminta semua mengawal emosi.

Berbeza dengan dua wanita itu apabila gagal mengawal emosinya dan sering dilihat meninggikan suara ketika Caprice mengajukan soalan berkaitan fakta mengenai Palestin dan Isreal.

Shiraz dilihat bengang apabila ditanya mengapa Israel mahu mengambil tanah Palestin sedangkan mereka hanya ‘pendatang’ dan jawapannya mudah kerana mereka tiada tempat tinggal untuk dituju dan mahu mengambil semula tanah mereka.

Meskipun dalam perdebatan selama hampir dua jam itu, Caprice dipuji warganet kerana kelihatan tenang mengawal situasi tegang dan tetap mengeluarkan fakta mengenai Palestin dan Israel sehingga ada masanya dua wanita terbabit terdiam seketika.

Pengguna Instagram turut meluahkan rasa kurang senang kepada Shiraz dan Orin kerana memutarbelitkan fakta dan memberi respons dengan kasar serta tidak menjawab pertanyaan dengan tepat.

Kata @kina2505, “Sepertinya Israel telah memutarbelitkan sejarah mereka. Mungkinkah pemerintah mereka mendidik tentang sejarah dan idealisme yang salah? Seperti mereka berfikir bahawa dunia semua membencinya dan berusaha untuk membunuh mereka sedangkan ia bukan seperti itu.”

Tambah @silasalohi, “Tabik dengan Caprice, banyak perkara yang mereka tak jawab segala persoalan. Sebab nampak sangat banyak pembohongan dari Yahudi laknatullah ini. Usaha Caprice ini dapat buka mata semua orang. Tak pernah ikut tapi hari ini ‘follow’ Caprice kerana tular.”

@durrahfarhaaa turut mempertahankan hak penduduk Palestin dengan memberitahu, “Itu tanah Palestin sebelum orang Yahudi masuk tanpa apa-apa atau pakaian apa pun, memohon agar mereka tinggal di tanah Palestin dan entah bagaimana Yahudi mula mendakwa itu adalah tanah mereka dan menjadikannya sebagai ‘Israel’.”

Ujar @shahdatulakmaa, “Anda mahu seseorang menghormati anda tetapi perlu cermin diri sendiri. Adakah anda menghormati orang lain?”

Warganet juga mengucapkan tahniah kepada Caprice kerana tampil proaktif menganjurkan ‘Live IG’ untuk memberi kesedaran dan fakta kepada umum khusus buat penduduk di Israel.

Sehingga kini, ‘Live IG’ itu telah mendapat 1,232,271 tontonan daripada warganet. – Sinar Harian

Tags: CapriceInstafamousIsraelOrinPalestinShiraz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bunuh Anak Lelaki, Suami Isteri Dihukum Gantung

Next Post

Ziarah Hari Raya Punca Peningkatan Kes Covid-19

Related Posts

Trump Ikrar Akhiri Perang Di Gaza

Trump Ikrar Akhiri Perang Di Gaza

14/05/2025
0

RIYADH – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan sokongan padu terhadap rakyat Gaza dan menyeru masyarakat antarabangsa agar menangani...

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

01/05/2025
0

BET SHEMESH, Israel: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berhampiran Baitulmaqdis boleh...

Next Post

Ziarah Hari Raya Punca Peningkatan Kes Covid-19

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd