• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doa Tunku Mahkota Johor Untuk Rakyat Palestin

oleh
16/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 1 Syawal lalu menitipkan doa untuk seluruh rakyat negara Palestin.

Doa Tunku Mahkota Johor tidak panjang lebar, tidak bersyair dan berpujangga, tidak bermain dengan lenggok bahasa apatah lagi bermadah.

Ia ringkas sahaja, namun cukup padat dan bermakna. Apabila dibaca jelas ikhlas dan jujur dalam mengambil berat perihal Palestin.

Mungkin kerana itu doa tersebut menerima 43,000 tanda suka, 2,600 perkongsian dan 2,300 komen setakat artikel ini ditulis pukul 10 pagi, 16 Mei 2021.

“Ya ALLAH! Kau berkati dan lindungilah seluruh umat Islam di dunia ini.” Demikian doa Tunku Ismail seperti yang disiarkan di laman Facebook baginda.

Baginda turut menyiarkan poster seorang pemuda Palestin sedang berdoa sambil memegang bandera negaranya.

‘May Allah make it easy for the people of Palestine and all other Muslims who are being oppressed.’

Benar. Keprihatinan Istana Johor terutama baginda Tunku Mahkota Johor terhadap nasib rakyat Palestin bukan perkara baru.

Penulis difahamkan Tunku Ismail telah banyak memberi pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat Palestin sejak sekian lama.

Bagaimanapun seperti mana lazim, amat jarang untuk Istana Johor menguar-uarkan bantuan yang pernah dan akan diberikan.

Kalau ada pun, sedikit pemberitahuan secara umum.

Apa jenis bantuan dan nilainya juga jarang didedahkan. Dalam aspek tertentu memang lebih bagus biarlah rahsia.

Lagipun itu lebih murni di sisi agama. Ia juga secocok dengan falsafah bertindak lebih baik daripada bercakap kosong.

Kendatipun pernah bantuan Tunku Mahkota Johor yang juga pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) didedahkan kepada umum.

Begitupun kerana sumbangan berkenaan melibatkan pihak ketiga iaitu Yayasan Palestin dan Syria serta wakil daripada NGO Aman Palestin.

Penulis juga masih ingat Tunku Mahkota Johor pernah mengetengahkan tentang kekejaman berterusan dialami rakyat Palestin pada tahun 2019.

Baginda mengambil kesempatan daripada isu ratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang heboh diperkatakan ketika itu.

“Jikalau perjanjian antarabangsa ini semua bagus, apa yang sedang berlaku kepada Palestin dan rakyat Palestin tidak akan berlaku,” ujar Tunku Ismail.

Membuktikan betapa isu Palestin sentiasa ada dalam jiwa tuanku.

Syukur alhamdulillah kenyataan Tunku Mahkota Johor itu semakin membuka mata ramai pihak tentang ketidakadilan dialami negara Palestin.

Ia juga sekali gus mengagalkan usaha meratifikasi Statut Rom ICC oleh pihak tertentu di negara ini.

Penulis turut difahamkan baginda Tunku Mahkota Johor amat kecewa dengan kezaliman terbaru sedang menimpa rakyat Palestin ketika ini.

Baginda bertitah tidak hairan dan terkejut dengan tindakan rejim zionis Israel terus menzalimi Palestin.

Namun baginda lebih terkejut dan kecewa dengan negara Islam yang kelihatan berdiam diri dan tidak bersatu untuk membantu rakyat Palestin.

Pandangan baginda ada kewajarannya kerana sehingga artikel ini ditulis masih belum ada ketetapan rasmi dibuat Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

Mesyuarat Tergempar Jawatankuasa Eksekutif OIC Peringkat Menteri-Menteri Luar hanya diumumkan diadakan secara maya selepas ratusan kematian rakyat Palestin dicatatkan.

Ini amat mendukacitakan kerana OIC sepatutnya menjadi badan paling keterhadapan dalam isu negara Palestin.

Ingatlah wahai negara-negara Islam. Umat Islam Palestin perlukan OIC, bukan “Oh I See”. – Mynewshub.TV

Tags: JDTPalestinTunku Ismail Sultan IbrahimTunku Mahkota Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

05/12/2025
0

Oleh Mynewshub  Gaza/Al-Quds – Yasser Abu Shabab, individu yang selama ini digelar sebagai pengkhianat oleh penduduk Gaza kerana didakwa bersekongkol...

Nethanyahu Menolak Penyelesaian Dua Negara Palestin – Israel

Nethanyahu Menolak Penyelesaian Dua Negara Palestin – Israel

17/11/2025
0

ISU TERKINI: NETANYAHU TEGAS TOLAK PENUBUHAN NEGARA PALESTIN Laporan Khas Mynewshub KUALA LUMPUR, 17 Nov – Perdana Menteri Israel, Benjamin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd