• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bimbang Situasi Covid-19, Agong Nasihat Rakyat Duduk Rumah

oleh
11/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menasihati rakyat agar berada di rumah dan tidak keluar jika tiada keperluan mendesak, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula esok hingga 7 Jun depan. 

Titah baginda tindakan itu akan membantu petugas barisan hadapan mengekang rantaian jangkitan COVID-19 di negara ini dengan lebih berkesan, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.

Seri Paduka Baginda turut mengulangi titah nasihat baginda baru-baru ini supaya rakyat mengutamakan keselamatan dan kesihatan diri serta keluarga dengan sentiasa berdisiplin mematuhi larangan-larangan dan arahan-arahan terkini yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), katanya. 

“Titah nasihat Al-Sultan Abdullah itu adalah bagi mengelakkan negara ini dibadai tsunami COVID-19 seperti yang dialami oleh beberapa negara di Asia Selatan dan Eropah,” kata Ahmad Fadil dalam kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara hari ini.

Al-Sultan Abdullah turut mengingatkan rakyat bahawa mereka dilarang sama sekali melakukan pergerakan rentas negeri dan daerah mengikut keputusan MKN dan Kementerian Kesihatan, yang mana perkara itu selaras dengan prinsip menjaga kemaslahatan ummah dan hifzu an-nafs. 

Yang di-Pertuan Agong juga amat memahami keluh-kesah rakyat di peringkat akar umbi yang terjejas teruk akibat penularan COVID-19, dan sehubungan dengan itu, baginda menzahirkan harapan agar masalah dan kelangsungan hidup rakyat ditangani serta dipelihara oleh kerajaan dan semua pihak yang bertanggungjawab, katanya.

“Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan kebimbangan dengan situasi terkini wabak COVID-19 yang masih tidak menunjukkan sebarang tanda penurunan mendadak sejak kes positif harian dicatatkan mencecah 4,000 kes di negara ini sejak minggu lalu.

“Oleh hal yang demikian, Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar kerajaan, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat melipatgandakan lagi usaha yang sedang dan akan dilakukan untuk melandaikan kes positif harian wabak ini yang telah memberikan kesan kepada semua pihak tanpa mengira latar belakang,” katanya.

Ahmad Fadil berkata, baginda turut menyeru semua pihak agar mengetepikan perbezaan dan kepentingan diri masing-masing untuk bersama-sama berganding bahu membantu kerajaan serta para petugas barisan hadapan menjayakan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan usaha-usaha memerangi wabak itu.

Al-Sultan Abdullah juga menzahirkan keyakinan bahawa dengan kerjasama padu dan komitmen tinggi daripada semua pihak, negara mampu melandaikan penularan jangkitan COVID-19 demi keselamatan diri dan kesejahteraan negara yang dicintai. 

“Mengambil keberkatan bulan Ramadan yang mulia ini dan menjelangnya sambutan Hari Raya Aidilfitri, Seri Paduka Baginda dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong mengambil kesempatan ini mengajak rakyat untuk bersama baginda berdua mendoakan semoga negara sentiasa diberkati dan dilindungi serta ancaman wabak COVID-19 ini dapat diakhiri dengan segera,” kata Ahmad Fadil. – BERNAMA

Tags: Al-Sultan AbdullahCovid-19perintah kawalan pergerakanYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Kurnia DMIJ Kepada Panglima 21 Gerup Gerak Khas, Juruiring Pemangku Sultan Johor

Agong Kurnia DMIJ Kepada Panglima 21 Gerup Gerak Khas, Juruiring Pemangku Sultan Johor

14/08/2025
0

JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato' Mulia...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd