• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AstraZeneca Kurangkan 80 Peratus Risiko Kematian

oleh
11/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Data daripada pemberian vaksin AstraZeneca untuk dos pertama menunjukkan risiko kematian akibat COVID-19 dapat dikurangkan sehingga 80 peratus, kata Agensi Kesihatan Awam England (PHE).

Analisis terbaru juga menunjukkan perlindungan terhadap kematian daripada vaksin Pfizer-BioNTech meningkat daripada kira-kira 80 peratus selepas satu dos kepada 97 peratus selepas lengkap dua dos.

PHE berkata, kajian itu adalah yang pertama berhubung perlindungan terhadap kematian daripada vaksin AstraZeneca berdasarkan data sebenar.

Kajian itu meneliti kes simptomatik baharu COVID-19 antara bulan Disember dan April dan individu yang meninggal dunia dalam tempoh 28 hari daripada ujian positif mereka oleh status vaksinasi.

Individu yang menerima satu dos vaksin AstraZeneca dilindungi 55 peratus daripada kematian, dengan angka perlindungan 44 peratus untuk satu dos Pfizer, dibandingkan dengan orang yang tidak divaksinasi.

“Ini adalah bersamaan dengan perlindungan kira-kira 80 peratus terhadap kematian ke atas individu yang divaksinasi dengan satu dos oleh salah satu vaksin,” kata PHE dalam satu kenyataan.

“Perlindungan terhadap kematian oleh vaksin Pfizer-BioNTech meningkat kepada 69 peratus bagi kes yang dilengkapi dos kedua sekurang-kurangnya seminggu sebelum mereka positif.

“Dicampur dengan anggaran perlindungan daripada mula-mula dijangkiti COVID-19 sebagai permulaan, ini bersamaan dengan perlindungan 97 peratus,” kata PHE.

Dalam kumpulan data lain, PHE berkata, dianggarkan dua dos suntikan vaksin Pfizer-BioNTech mengurangkan risiko dimasukkan ke hospital sebanyak 93 peratus untuk individu berusia lebih 80-an. – Agensi

Tags: AstraZenecaPfizer-BioNTechvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd