• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Prasyarat Sebelum Laksana PKP Penuh

oleh
20/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pemuda UMNO menetapkan tujuh prasyarat yang perlu dipenuhi oleh kerajaan sekiranya mahu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dalam tempoh 14 hingga 21 hari.

Ketuanya, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, antara prasyarat yang perlu dilaksanakan adalah melakukan pemberian bantuan khas kepada rakyat dalam kumpulan B40 terutamanya mereka yang tidak memiliki gaji tetap, bekerja sendiri atau tiada punca pendapatan.

Menurutnya, kerajaan juga perlu sekali lagi membenarkan pengeluaran i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0 kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) jika langkah drastik itu dilaksanakan bagi mengekang penularan Covid-19.

“Ketiga, kerajaan harus memanfaatkan Ordinan Darurat untuk mengarahkan institusi kewangan dan perbankan menawarkan moratorium selama tiga ke enam bulan tanpa caj atau faedah tambahan penstrukturan pembayaran atau pembiayaan semula.

“Seterusnya, kilang-kilang besar yang menjadi penyumbang terbesar kepada pandemik iaitu yang menyebabkan lebih 50 peratus penularan virus Covid-19 mesti segera ditutup selama tempoh ‘lockdown’.

“Hanya pekerja barisan hadapan dan pekerja e-hailing yang menghantar pesanan makanan dan barang keperluan sahaja dibenarkan bertugas dan beroperasi,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Khamis.

Selain itu Asyraf berkata, sebarang aktiviti rentas daerah dan negeri juga perlu dilarang sama sekali sekiranya kerajaan mahu melakukan PKP penuh.

Katanya, operasi semua sektor di dalam negara perlu ditutup dalam tempoh tersebut kecuali sektor yang merupakan penggerak negara dan dibenarkan operasinya ketika pelaksanaan PKP 1.0 pada tahun lalu.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, prinsip paling penting dalam melaksanakan langkah tersebut adalah memastikan tidak berlakunya ‘dwi-standard’ dalam penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) PKP sehingga wujudnya perbezaan tindakan terhadap golongan ‘kayangan’ dan marhaen. – Sinar Harian

Tags: Pemuda UMNOperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perkukuh Ketaqwaan Umat Islam Malaysia

Next Post

Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Meninggal Dunia

Related Posts

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

Pemuda UMNO Gesa Negara Islam Dunia Kutuk Serangan Israel

Pemuda UMNO Gesa Negara Islam Dunia Kutuk Serangan Israel

06/04/2023
0

JOHOR BAHRU: Pergerakan Pemuda UMNO menggesa negara gergasi dunia, khususnya negara Islam, yang kononnya menjuarai hak asasi manusia untuk bertindak...

Next Post

Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Meninggal Dunia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd