• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

21 Laporan Peras Ugut Gambar, Video Lucah Pelajar IPT

oleh
19/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menerima 21 laporan berhubung jenayah pemerasan atau ugutan menyebarkan gambar bogel serta video lucah di sekitar Petaling Jaya, Selangor sejak Januari hingga kini.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, daripada jumlah itu dua kes telah dituduh di mahkamah manakala 19 kes lagi masih dalam siasatan.

Katanya majoriti mangsa merupakan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT).

“Sebanyak 12 mangsa terlibat telah membuat pembayaran kepada suspek sehingga mengakibatkan kerugian sebanyak RM33,788.88.

“Sebahagian besar kes membabitkan sindiket yang memperdaya mangsa di media sosial selain suspek terdiri daripada individu dikenali mangsa seperti bekas suami atau teman lelaki.

“Modus operandi sindiket memperdayakan mangsa tidak kira lelaki atau wanita untuk berkongsi gambar bogel atau video lucah di laman media sosial dan aplikasi termasuk WeChat, Facebook, WhatsApp, Michat dan banyak lagi,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Mohamad Fakhrudin berkata, sindiket kemudian akan merekodkan gambar dan video berkenaan sebelum memeras ugut mangsa dengan meminta wang sekiranya tidak mahu ia disebarkan di media sosial atau kepada ahli keluarga mahupun rakan mangsa.

“Polis ingin menasihatkan masyarakat agar tidak mudah terpedaya dengan tipu muslihat dengan pelbagai cara dibuat suspek melalui aplikasi-aplikasi berkenaan.

“Masyarakat perlu bijak menggunakan media sosial dan diingatkan sebarang aksi langsung di media sosial akan mudah dirakam oleh pihak kedua,” ujarnya.

Justeru itu, masyarakat digesa tidak mudah mempercayai orang yang baru dikenali melalui media sosial kerana ramai yang telah menjadi mangsa kepada sindiket penipuan ini. – Astro Awani

Tags: Gambar BogelPeras Ugutvideo lucah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

4 Penduduk Palestin Terkorban Di Tebing Barat

Next Post

Ketetapan Baharu Solat Jumaat, Solat Fardu Di Selangor

Related Posts

2 Anggota Polis Ditahan Disyaki Memeras Ugut

2 Anggota Polis Ditahan Disyaki Memeras Ugut

09/08/2024
0

Kuala Lumpur : Dua anggota polis ditahan selepas disyaki memeras ugut penghantar makanan di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dekat Bandar...

Dua Polis Trafik Perlis Ditahan, Peras Ugut, Pukul Warga Asing

Dua Polis Trafik Perlis Ditahan, Peras Ugut, Pukul Warga Asing

20/07/2024
2

Kangar: Dua anggota trafik Perlis direman selama tiga hari hingga Isnin bagi membantu siasatan kes pemerasan dan mengasari seorang lelaki...

Next Post

Ketetapan Baharu Solat Jumaat, Solat Fardu Di Selangor

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd