• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Ikat Jamin Terhadap Geng Nicky

oleh
09/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seramai 14 individu termasuk lima warga China didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan terbabit dalam kumpulan jenayah terancang Geng Nicky.

Pendakwaan terhadap mereka dibuat di hadapan Hakim Jamaluddin Mat, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, 13 daripada mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Nicky’ di Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong pada 1 Januari 2017 dan 20 Mac lalu.

Mereka terdiri daripada Lee Hon Keat, Lee Kam Onn, Lee Kum Wong, Liow Wei Kin, Liow Wei Loon, Eee Eng Chee, Jovian Joris Tan Chern Chian, Loo Siow Chin, Lim Kang Li, Lei Huang, Gu Xing Qiong, Yujun Wang dan Jiang Xua.

Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Subseksyen 130V(1) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun.

Manakala, tertuduh lain Lim King Ming, 55, didakwa membantu kumpulan itu di lokasi sama pada 1 Januari 2017 dan 29 Mac lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Subseksyen 130W kanun sama, dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun.

Mahkamah kemudian turut mengeluarkan waran tangkap terhadap Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee dan seorang wanita warga China Niu Zhe dipercayai isterinya untuk tindakan lanjut.

Pendakwaan dilakukan pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Baharin Omar, manakala semua tertuduh diwakili peguam masing-masing.

Pertuduhan terhadap Nicky dan wanita berkenaan sudah difailkan dan akan dibacakan sejurus mereka ditangkap serta dihadapkan ke mahkamah.

Terdahulu, kesemua tertuduh berusia 28 hingga 55 tahun itu dikawal ketat polis sebaik tiba dan dibawa keluar dari mahkamah.

Kamarul Baharin memohon tiada jaminan ditawarkan terhadap semua tertuduh kerana kesalahan dilakukan mereka berkaitan keselamatan selain dua lagi tertuduh kini melarikan diri.

Katanya, ia juga membabitkan isu imigresen berikutan tertuduh warga China juga yang tinggal lebih masa dan tiada pasport masuk ke negara ini.

Terdahulu, peguam Datuk Rajpal Singh memohon mahkamah untuk membenarkan jaminan terhadap anak guamnya atas isu kesihatan dan hak setiap tertuduh mendapatkan jaminan.

“Tertuduh juga bersedia menerima sebarang syarat jaminan tambahan termasuk melaporkan diri di balai polis dan menyerahkan pasport untuk tertuduh warganegara,” katanya.

Bagaimanapun, mahkamah menerima permohonan pasukan pendakwaan dengan tidak membenarkan ikat jamin terhadap semua tertuduh.

Selain itu, Jamaluddin turut mengarahkan peguam tujuh tertuduh membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul polis ketika soal siasat.

Mahkamah kemudian menetap 22 April ini untuk sebutan semula kes.

Minggu lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, seramai 118 individu ditahan menerusi 70 serbuan dalam Operasi Pelican 3.0 bagi mengesan dan menahan anggota kumpulan Geng Nicky yang didalangi Nicky Liow yang juga Pengasas Winner Dynasty Group pada 20 hingga 28 Mac lalu. – myMetro Online

Tags: Geng Nickyikat jaminjenayah terancangNicky Liow Soon Hee
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Neelofa Mohon Maaf, Akui Tidak Sensitif Situasi Semasa

Next Post

Sanjeevan Saman Che’GuBard, Tuntut RM1 Juta

Related Posts

Keputusan Ikat Jamin CEO GISBH, Isteri Dan 19 Pemimpin Tertinggi 24 Mac

Keputusan Ikat Jamin CEO GISBH, Isteri Dan 19 Pemimpin Tertinggi 24 Mac

17/03/2025
0

KAJANG – Nasib sama ada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali; isterinya, Azura Md...

Sarjan Direman Bantu Siasatan Satu Lagi Kes Rogol

Permohonan Ikat Jamin 13 Dituduh Culik Lelaki Palestin Ditolak

02/02/2024
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat menolak permohonan 13 individu yang dituduh menculik seorang lelaki warga Palestin...

Next Post

Sanjeevan Saman Che'GuBard, Tuntut RM1 Juta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd