• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami, Isteri Rentas Negeri ‘Honeymoon’ Dijel, Denda

oleh
20/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selebriti media sosial dan suaminya masing-masing dipenjara sehari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memberi maklumat palsu bagi mendapatkan kebenaran rentas negeri untuk berbulan madu.

Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu selepas Iram Naz Hafiz Sabir Muhammed, 25, dan Azharique Shah Abdul Jalil, 23, mengaku bersalah terhadap tuduhan.

Wong berkata, perbuatan tertuduh memberi contoh buruk kepada masyarakat yang mana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dibenarkan rentas negeri.

“Tempahan tempat penginapan tidak dapat dibatalkan dan wang tidak dikembali bukan satu alasan untuk merentas negeri,” katanya.

Pasangan itu dituduh melakukan kesalahan berkenaan di Balai Polis Wangsa Maju di sini, pada 2 petang, 15 Mac lalu ketika memohon kebenaran rentas negeri bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk ke Johor.

Kedua-duanya didakwa memberi maklumat palsu secara bertulis kepada Ketua Balai Polis Asisten Superintendan Fairul Nizam Anuar dan didakwa mengikut Seksyen 22(D) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Sabit kesalahan mereka boleh dipenjarakan hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Wan Ahmad Hakimi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara kerana kesalahan dilakukan memberi kesan kepada masyarakat

“Seperti dilihat dalam ‘instastory’ (muat naik gambar dalam Instagram) ada kata pujuk polis untuk rentas negeri, ini memberi kesan kepada orang lain.

“Sepatutnya kebenaran rentas negeri bukan untuk tujuan lain (tidak disalah guna) tambahan kita lihat kes Covid-19 meningkat setiap hari.

“Dengan hukuman penjara, kita harap orang kena tuduh (OKT) dan individu lain tidak mengulangi perkara sama,” katanya.

Iram Naz merayu memohon mahkamah tidak mengenakan hukuman penjara, mengambil kira dia wakil tunggal yang menyara keluarga dan berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan sama.

“Kami membuat tempahan hotel pada 26 Disember lalu ketika rentas negeri dibenarkan untuk menyambut ulang tahun perkahwinan namun ditunda beberapa kali.

“Kami cuba membatalkannya, namun pihak terbabit tidak mahu kembalikan wang tempahan penginapan menyebabkan kami meneruskan hasrat (dengan) merentas negeri pada 17 Mac lalu,” katanya.

Sementara itu, Azharique Shah mengaku mengambil ringan perkara terbabit ketika mengisi borang rentas negeri termasuk memberi alamat lain ketika ke sana.

“Saya tidak sangka akan jadi macam ini kerana isteri ada rumah di Johor dan alamat diberikan itu mengikut alamat MyKad isteri di Johor,” katanya. – myMetro Online

Tags: HONEYMOONJohorSuami Isteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Prestasi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Johor mencatatkan peningkatan membanggakan apabila Gred Purata Negeri (GPN)...

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

31/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor kini sedang memperincikan pelbagai langkah strategik bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat, susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd