• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RMK-12 Penentu Kejayaan Negara

oleh
06/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELALU kita dengar tentang RMK. RMK itu. RMK ini. Tetapi apakah kita tahu apa itu RMK? Apa kepentingannya? Apa kegunaannya?

Atau selama ini kita sekadar mendengarnya sambil lalu sahaja tanpa cuba memahami pun apakah ia sebenarnya.

Sebagai rakyat Malaysia wajar ambil tahu tentang RMK. Generasi muda terutamanya perlu faham apa itu RMK kerana ia melibatkan masa depan mereka juga.

Secara umum RMK atau Rancangan Malaysia Ke-# merupakan rancangan pembangunan negara setiap lima tahun oleh kerajaan Malaysia.

Sejarahnya bermula dengan Rancangan Malaya Pertama iaitu dari tahun 1956 sehingga 1960 dan kemudian disambung dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 sehingga 1965.

Selepas penubuhan Malaysia pada 1963, rancangan lima tahun ini ditukar nama kepada Rancangan Malaysia (RMK) bagi tahun 1966-1970 kerana turut melibatkan Sabah dan Sarawak.

Melaluinya, kerajaan merancang apa yang menjadi keutamaan dan perlu dilaksanakan untuk pembangunan negara dalam tempoh lima tahun.

Untuk tujuan itu kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan ramai pihak sebelum membuat keputusan berdasarkan kemampuan kewangan negara.

Sebagai contoh Rancangan Malaya Pertama menetapkan objektif memajukan sektor luar bandar bagi menambah pendapatan penduduk luar bandar dan mengurangkan kadar kemiskinan.

Selain itu, Rancangan Malaya Pertama merancang mempelbagaikan sumber negara dan mengurangkan kebergantungan kepada sektor tertentu (khususnya timah dan getah).

Rancangan Malaya Pertama itu sesuai dengan keperluan negara pada zaman tersebut yang baru mahu membangun ketika itu.

Manakala objektif RMK-5 iaitu dari tahun 1986 sehingga 1990 jauh lebih meluas iaitu untuk mencapai objektif DEB, meningkatkan peranan sektor swasta dan pelaburan asing.

Terkini Malaysia sedang merangka RMK-12 bagi tahun 2021 sehingga 2025 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat selepas Parlimen kembali bersidang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, dokumen RMK-12 sedang dimuktamadkan melalui sesi libat urus.

Dato’ Pa memberi jaminan tiada pihak akan tertinggal dalam menikmati penggubalan dan pelaksanaan pelan pembangunan negara bagi tempoh lima tahun akan datang.

Pelbagai pihak berkepentingan telah diambil kira termasuk sektor awam dan swasta, pakar industri, akademik, pemimpin masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan.

Ia turut meliputi organisasi antarabangsa, jemaah menteri serta masyarakat umum.

Paling gempak apabila Dato’ Pa memaklumkan kerajaan menerima permohonan peruntukan kewangan berjumlah RM900 bilion bagi melaksanakan RMK-12.

Permohonan yang dikemukakan kepada kerajaan itu lebih tinggi berbanding RMK-11 berikutan situasi semasa akibat Covid-19.

Mustapa Mohamed namun menegaskan RMK-12 akan memberi tumpuan kepada sektor ekonomi baharu dan industri bernilai tinggi.

Ia kerana pembangunan sektor tersebut mampu mencipta peluang ekonomi kepada rakyat yang ramai terkesan akibat pandemik Covid-19.

Kesimpulannya, selepas memahami fungsi dan peranan RMK maka sewajarnya rakyat Malaysia mula mengambil tahu mengenainya kerana ia turut melibatkan kepentingan mereka. – Mynewshub.TV

Tags: Mustapa MohamedRancangan Malaysia ke-12RMK-12
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hasilkan Dadah Daripada Cendawan Pada Najis Lembu

Next Post

Sajat Bersembunyi Di Thailand

Related Posts

RM6.3 Bilion Untuk Pembangunan, Tebatan Banjir Di Selangor

RM6.3 Bilion Untuk Pembangunan, Tebatan Banjir Di Selangor

19/08/2022
0

SHAH ALAM: Sebanyak RM6.3 bilion diperuntukkan diluluskan kerajaan bagi tujuan pembangunan di Selangor di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) serta...

Malaysia Sedia Kembali Ke Landasan Hab Pelaburan

14/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Malaysia kini bersedia untuk kembali ke landasan sebagai hab pelaburan bagi pelabur serantau dan antarabangsa, disokong kaedah...

Next Post

Sajat Bersembunyi Di Thailand

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd