• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perginya Pelakon Legenda Abu Bakar Omar

oleh
16/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelakon veteran Abu Bakar Omar, 72, meninggal dunia akibat masalah jantung di Pusat Perubatan Kedah, Alor Setar, jam 9.05 pagi, hari ini.

Anak Allahyarham, Mohd Zainuddin Abu Bakar, 46, yang mengesahkan perkara itu memaklumkan jenazah bapanya dijangka dikebumikan selepas solat Jumaat, hari ini.

Zainuddin berkata, jenazah dibawa dan diuruskan di Mukim Kurung Hitam, Kuala Nerang, Kedah dan disolat selepas solat Jumaat.

“Jenazah akan disolatkan sekali lagi di Masjid Al Ghufran di Persiaran Sultan Abdul Hamid, Alor Setar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru, Alor Setar,” katanya.

Zainuddin turut memohon orang ramai mendoakan agar roh bapanya diampuni dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Mohon doakan ayahanda kami diampuni segala khilafnya, ditempatkan bersama orang solihin. Bagi pihak keluarga kami memohon maaf atas segala salah silap arwah ayahanda kami sepanjang hayat beliau bersama masyarakat warga nusa ini.

“Sekiranya ada hutang piutang ayahanda, mohon sudi berhubung dengan saya. Diberkati rahmat Allah selalu duhai ayahanda. Kami akan sentiasa merinduimu,” katanya.

Allahyarham Abu Bakar yang memulakan kerjaya lakonan sekitar 1981 adalah seorang pelakon berkarakter dan cukup terkenal dalam drama serta filem tempatan.

Antara filem pernah dibintangi adalah Fenomena, Cinta Kolestol, Hingga Hujung Nyawa, Duyung dan banyak lagi.

Abu Bakar juga pernah memenangi Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) menerusi lakonan dalam dalam Senja Belum Berakhir pada Anugerah Sri Angkasa 1983 dan Pelakon Lelaki Terbaik (Drama Radio) pada Anugerah Sri Angkasa 1990 menerusi drama radio Bukan Kerana Kasih.

Selain itu, Abu Bakar juga memenangi dua kali Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Anugerah Skrin 1999 menerusi telefilem Mata Hati dan 2012 dalam telefilem Gincu Ayah.

Pada Festival Filem Malaysia pula, Abu Bakar pernah tercalon tiga kali menerusi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Bila Hati Retak (FFM 1983), Rentak Desa (FFM 1991) dan Hingga Hujung Nyawa (FFM 2005). – myMetro Online

Tags: abu bakar omarmeninggal dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

21/03/2026
0

HOLLYWOOD, 21 Mac 2026 – Dunia hiburan antarabangsa dikejutkan dengan berita pemergian legenda seni mempertahankan diri dan pelakon terkenal, Chuck...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd