• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pajakan Tanah SMK Convent Bukit Nanas Dilanjut 60 Tahun

oleh
22/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tempoh pegangan pajakan bagi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur dilanjutkan untuk tempoh 60 tahun.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, keputusan itu dicapai selepas mempertimbangkan permohonan lembaga pengelola sekolah berkenaan.

“Setelah meneliti dan mengambil kira kepentingan sumbangan SMK Convent Bukit Nanas kepada pendidikan negara sejak 1899, kerajaan bersetuju untuk lanjutkan bagi tempoh 60 tahun,” katanya pada Khamis.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, kebenaran itu diberikan khusus untuk tujuan pendidikan sahaja.

“Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali bersama Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan juga telah mengadakan pertemuan dengan Sr Theresa Chua Siu Yan, Lady Superior of the Society of Saint Maur yang mewakili Lembaga Pengelola SMK Convent Bukit Nanas dan kedua-dua pihak bersetuju dengan cadangan penyelesaian yang dibincangkan.

“Semoga dengan keputusan ini, SMK Convent Bukit Nanas akan terus melakar kejayaan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan dalam melahirkan modal insan negara yang berkualiti tinggi,” katanya.

Tempoh pegangan pajakan tanah tapak SMK Convent Bukit Nanas dijadual akan tamat pada 6 September depan. – Sinar Harian

Tags: pajakan tanahSMK Convent Bukit Nanas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PKPD 2 Sekolah Di Kelantan, Johor

Next Post

Penutupan Semua Sekolah Keputusan Terbaik?

Related Posts

Tiada Halang Baharui Tempoh Pajakan Kg. Baru Cina

22/11/2018
0

KUANTAN – Kerajaan Negeri tiada halangan untuk penduduk kampung baharu Cina di negeri ini untuk melanjutkan tempoh pajakan kampung itu...

Kinrara Oval Mesti Balik Perumahan Kinrara Berhad

26/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kinrara Oval perlu dikembalikan kepada Perumahan Kinrara Berhad (PKB) selepas dipajakkan kepada Persatuan Kriket Malaysia (MCA) selama...

Next Post

Penutupan Semua Sekolah Keputusan Terbaik?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd