• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Neelofa Dikompaun RM20,000, Suami RM10,000

oleh
27/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail masing-masing dikenakan kompaun RM20,000 dan RM10,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Seramai 20 ahli keluarga Neelofa turut dikenakan kompaun RM1,500 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan RM30,000 kerana gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung.

Semua individu terbabit dikenakan kompaun hari ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM60,000.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata Neelofa dikenakan kompaun yang tidak dibenarkan diskaun kerana melakukan dua kesalahan, manakala Haris atau dikenali PU Riz melakukan satu kesalahan.

Beliau berkata kesalahan pertama Neelofa selaku penganjur gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan mengenai pematuhan SOP penganjuran majlis sosial.

Katanya, selebriti itu gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah mereka.

“Pasangan suami isteri itu juga melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri diberikan pegawai diberi kuasa mengikut subperaturan 4 (2) (d) Peraturan-Peraturan sama, memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran diberikan polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, kertas siasatan berhubung majlis perkahwinan usahawan Neelofa dan PU Riz melanggar SOP PKPB, dihantar semula ke Pejabat Peguam Negara disertakan dengan beberapa penambahan baharu.

Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan PU Riz, 26, yang juga pelakon dan pendakwah bebas di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, pada 27 Mac lalu.

Isu pelanggaran SOP pada majlis itu timbul selepas tular di media sosial satu gambar menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP PKPB ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Mohamad Zainal berkata, tindakan kompaun itu mengikut Peraturan 19 Peraturan- Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) 2021.

“Pada 26 April (semalam), kertas siasatan kes pelanggaran SOP PKPB majlis perkahwinan Neelofa dikembalikan dari Pejabat Peguam Negara dengan keputusan mengenakan kompaun.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi PKPB. Kegagalan mematuhi perintah itu membolehkan tindakan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang masih berkuat kuasa,” katanya. – BH Online

Tags: kompaunNeelofaPU Riz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Risiko Darah Beku Akibat COVID-19 Lebih Tinggi Berbanding Vaksin

Next Post

“Alhamdulillah Ramai Yang Mahu Bantu Kami” – Peniaga Burger

Related Posts

Lembu Rayau Akan Disita, Pemilik Bakal Dikompaun RM2,000

Lembu Rayau Akan Disita, Pemilik Bakal Dikompaun RM2,000

09/04/2025
0

KOTA BHARU – Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas termasuk merampas ternakan dan mengenakan kompaun maksimum RM2,000 terhadap penternak yang...

Kompaun RM4.4 Juta Dikeluarkan Kepada 12 Syarikat Berkaitan GISBH – Armizan

Kompaun RM4.4 Juta Dikeluarkan Kepada 12 Syarikat Berkaitan GISBH – Armizan

26/09/2024
0

PETALING JAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengenakan kompaun berjumlah RM4.4 juta terhadap 12...

Next Post

"Alhamdulillah Ramai Yang Mahu Bantu Kami" - Peniaga Burger

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd