• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tak Pergi Ke Switzerland Untuk Bawa Balik Wang SRC

oleh
14/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini mendengar bahawa bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak pergi ke Switzerland untuk membawa balik dana milik SRC International Sdn Bhd, yang dibekukan oleh kerajaan Switzerland kerana dikatakan terlibat dengan pengubahan wang haram.

Pendakwa ad hoc Datuk V Sithambaram berkata, malah Najib tidak menyelesaikan perkara itu, sehingga waktu beliau tidak lagi memegang jawatan perdana menteri.

“Perayu (Najib) tidak bertindak untuk pergi sendiri ke Switzerland bagi mendapatkan kembali dana itu untuk dibawa balik ke Malaysia. Yang Arif saya tidak jangka tindakan ini datangnya dari beliau, kerana ketika itu dia adalah perdana menteri dan menteri kewangan.

“SRC ‘diwujudkan’ Najib. Hanya dia pemilik saham dalam SRC, tapi dia tidak membuat sebarang usaha untuk pergi ke Switzerland bagi menyelesaikan isu berkenaan,” katanya.

Beliau berhujah demikian di hadapan panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dalam prosiding rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Dua lagi hakim ialah Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Sithambaram berkata, bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberitahu bahawa Najib enggan membenarkan delegasi kerajaan untuk berlepas ke Switzerland bagi memberi penjelasan mengenai wang yang dibekukan oleh kerajaan negara itu.

Motif keengganan pemohon (Najib) menimbulkan banyak persoalanan. Wang (berjumlah RM3.6 bilion) adalah sebahagian daripada RM4 bilion pinjaman daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC, ia dana pencen.

Sebelum ini Najib dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkata, beliau tidak memberi kebenaran kepada Ahmah Husni untuk pergi ke Switzerland kerana Ahmad Husni tidak mempunyai “rancangan yang tersusun” bagi mendapatkan kembali dana itu, dan dia juga tidak membuat sebarang permohonan rasmi mengenainya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lalu, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas didapati bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram, dan salah guna kuasa, melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. 

Pendengaran rayuan itu bersambung. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakSRC InternationalSwitzerland
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Harga Runcit RON95, RON97, Diesel Kekal

Next Post

PKP Di 7 Daerah Di Kelantan, 5 Di Sarawak

Related Posts

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

05/05/2023
0

Kuala Lumpur : Suspek skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd dicekup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

13/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan rayuan akhirnya akan...

Next Post

PKP Di 7 Daerah Di Kelantan, 5 Di Sarawak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd