• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tidak ‘Lembap’ Jalankan Program Imunisasi Covid-19

oleh
19/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia tidak ‘lembap’ dalam menjalankan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kata Menteri Penyelaras Program Khairy Jamaluddin yang berkongsi jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 di negara ini yang kini berjumlah 1,144,841 dos daripada 1,559,540 jumlah dos yang telah dihantar.

Dalam sidang media bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengenai perkembangan program itu di sini hari ini, Khairy berkata, seramai 701,812 individu telah menerima dos pertama vaksin Covid-19, dan 443,029 individu pula telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin mereka.

Berhubung persoalan ramai pihak mengenai kadar vaksinasi Malaysia yang dikatakan lambat walaupun negara menerima bekalan vaksin Covid-19 secukupnya, beliau berkata, kerajaan memahami kegusaran rakyat yang masih menunggu untuk divaksinasi, namun mereka perlu menunggu giliran mengikut fasa yang ditetapkan.

“Sudah dimaklumkan setiap daripada mereka perlu menunggu giliran dalam fasa yang ditetapkan, seperti fasa pertama untuk barisan petugas hadapan, fasa kedua untuk golongan warga emas dan sebagainya. Kita mesti patuh kepada fasa yang telah ditetapkan mengikut kategori masing-masing,” katanya.

Menurut Khairy, program vaksinasi Malaysia yang dijalankan mengikut fasa adalah seperti kaedah yang digunakan di luar negara seperti United Kingdom (UK) yang menggunakan jadual umur di negara itu.

Namun di UK hanya akan membuka pendaftaran vaksinasi ketika seseorang itu layak menerima vaksin mengikut umur yang ditetapkan, manakala di Malaysia membuka peluang pendaftaran untuk vaksinasi kepada semua rakyat Malaysia sejak awal, tidak kira umur atau pecahan kategori, katanya.

Setakat ini, katanya seramai 8,992,832 individu telah mendaftar di aplikasi MySejahtera, dengan jumlah warga emas yang berumur 60 tahun ke atas yang berdaftar ialah 1,438,974 orang, orang kurang upaya (136,798 orang) dan individu berpenyakit kronik seramai 2,029,297 orang.

Menurut Khairy, negeri paling tinggi dengan pendaftaran menerima vaksin ialah Wilayah Persekutuan (WP) Putrajaya dengan pencapaian ratio sebanyak 98 peratus, diikuti Selangor dan WP Kuala Lumpur masing-masing 50 peratus, Pulau Pinang (45 peratus) dan Negeri Sembilan 44 peratus.

Mengenai bekalan vaksin pula, beliau berkata, Malaysia akan menerima bekalan tambahan vaksin Pfizer-BioNTech sebanyak 128,700 dos pada 21 April ini, diikuti 36,270 dos pada 22 April dan 12,870 dos pada 23 April. – BERNAMA

Tags: Imunisasivaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd