• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Makin Banyak Aset Negara Yang Dibina Masa BN Dijual

oleh
21/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter
Berikut penulisan dipetik pada FB Najib Razak

DARI dulu lagi, Khazanah Nasional merupakan pemilik saham terbesar Telekom Malaysia (TM).

Sebelum PRU14, Khazanah memiliki 984,825,713 saham atau kepentingan 26.21% dalam TM.

Minggu lepas, jumlah saham TM dimilik Khazanah sudah jatuh ke 758,725,713 saham atau kepentingan 20.1% setelah sekitar 226 juta saham dijual.

Jika jual sedikit lagi, Khazanah akan diganti oleh KWSP (18% kepentingan) sebagai pemilik saham terbesar TM.

Ini setelah Khazanah jual 172.3 juta saham tahun lepas dengan diskaun 3.61% pada bulan Mei tahun 2020 lepas.

“22 Mei 2020: Khazanah raises RM735.7 million from Telekom Malaysia share placement” https://www.theedgemarkets.com/article/khazanah-raises-rm7357-million-telekom-malaysia-share-placement

Dan penjualan 53.8 juta lagi saham dengan diskaun 3% minggu lepas.

“15 April 2021: Khazanah Nasional Sells Off More of Telekom Malaysia”
https://www.swfinstitute.org/news/85770/khazanah-nasional-sells-off-more-of-telekom-malaysia

Sebelum PRU14, syarikat milik Khazanah, Axiata memiliki 100% Celcom.

Dengan penggabungan dengan Digi yang diumum awal bulan April ini semasa darurat, Axiata akan milik 33.1% kepentingan sahaja dalam syarikat yang digabung setelah dibayar RM2 bilion oleh Digi.

Pada masa PH juga, seluruh kepentingan Axiata dalam syarikat telco M1 Singapura juga telah dijual.

“15 Feb 2019: Axiata accepts offer to sell 28.7% stake in M1 for RM1.65 billion”
https://www.theedgemarkets.com/article/axiata-accepts-offer-sell-287-stake-m1-rm165-billion

Syarikat kimia Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM) turut telah dijual pada bulan November 2020 lepas.

Seluruh kepentingan syarikat semikonduktor terbesar milik kerajaan, Silterra Berhad juga dijual pada bulan Februari 2021 dengan harga cuma RM273 juta.

Makin lama, makin banyak aset negara yang dibina masa BN dijual.

Tags: aset negaraBarisan Nasionalkhazanah nasionalNajib Tun RazakTelekom Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: BN Bertanding Solo, Yakin Peroleh Dua Pertiga Kerusi

24/01/2022
0

JOHOR BAHRU : Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata gabungan itu akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri...

‘Guna Warna Biru BN Hanya Kebetulan’

15/12/2021
0

KUCHING: Calon Bebas yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut, Khairul Ahmat, menjelaskan penggunaan warna biru Barisan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd