• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Jamin Adakan Sidang Parlimen Segera

oleh
26/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan memberi jaminan sidang Parlimen akan segera diadakan apabila tiba masanya.

Menteri Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia bagaimanapun bergantung kepada nasihat dan pandangan pakar terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kerajaan memberi jaminan sidang Parlimen akan segera dipanggil apabila tiba masanya yang sesuai sama ada sebelum ataupun selepas darurat ditamatkan pada 1 Ogos depan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, keutamaan kerajaan pada masa ini adalah terhadap usaha memastikan penularan wabak ini dapat dikawal sepenuhnya termasuklah melindungi aspek kesihatan ahli Parlimen, pegawai-pegawai dan semua pihak yang berurusan dengan Parlimen.

“Kerajaan ingin menarik perhatian semua pihak bahawa langkah pengawalan dan pencegahan wabak merbahaya ini masih berterusan dengan seluruh jentera kerajaan memberi fokus terhadap tindakan imunisasi, rawatan, pengasingan dan juga pelan vaksinasi yang berterusan,” katanya.

Beliau berkata, semasa tempoh penguatkuasaan, semua pihak termasuk pembangkang masih boleh menyalurkan sebarang pandangan kepada kerajaan melalui saluran-saluran yang dibenarkan, termasuklah melalui Jawatankuasa Khas Bebas yang ditubuhkan di bawah Ordinan Darurat bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai hal-hal berkaitan kuat kuasa darurat.

“Dalam masa yang sama, tidaklah wajar wujud kesangsian atau syak wasangka berlakunya salah guna kuasa kerana sistem kerajaan berfungsi sebagaimana biasa termasuklah dalam aspek pemantauan pentadbiran oleh pihak penguat kuasa terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara dan juga Jawatankuasa Kira- kira Wang Awam (PAC),” katanya.

Justeru kata Takiyuddin, semua pihak diseru supaya memberikan sepenuh kerjasama kepada kerajaan dalam usaha giatnya demi memastikan survival hidup dan kehidupan rakyat melalui aspek-aspek kesihatan, ekonomi serta sosial. – Sinar Harian

Tags: Kerajaan PNsidang parlimen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nama Nanggala Merujuk Kepada Apa?

Next Post

Pelajar UA Dituduh Muat Naik Status Hina TMJ

Related Posts

PH Gesa RUU Anti Lompat Parti Diluluskan Dalam Sidang Parlimen

16/03/2022
0

SHAH ALAM - Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menggesa agar Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti segera dibentang dan diluluskan...

Sekali Lagi Bank Dunia Turun Unjuran Pertumbuhan Malaysia

23/06/2021
0

Dari Facebook Najib Razak BAGI kali kedua tahun ini, Bank Dunia telah turunkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia setelah kerajaan PN...

Next Post

Pelajar UA Dituduh Muat Naik Status Hina TMJ

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd