• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Kebolehjangkitan COVID-19 Terus Meningkat

oleh
07/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejak Sabtu lalu, trend kadar kebolehjangkitan (Rt) harian COVID-19 di Malaysia mencatatkan peningkatan dengan nilainya melonjak kepada 1.03 semalam. 

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook tengah malam tadi, kadar Rt kebangsaan melebihi nilai 1.0, bermula dengan Rt 1.02 pada Sabtu dan kemudian menurun kepada 1.01 pada Ahad sebelum melonjak kepada 1.02 kelmarin dan 1.03 semalam.

Bagaimanapun di peringkat negeri dan wilayah, kadar Rt melebihi purata Rt kebangsaan semalam memperlihatkan penurunan, membabitkan enam negeri berbanding tujuh yang direkodkan kelmarin. 

Putrajaya mencatatkan kadar Rt tertinggi semalam dengan nilai 1.30, diikuti Labuan dengan 1.22, Perak (1.15), Sarawak (1.11), Sabah dan Kelantan (1.10).

Dalam pada itu, tiga negeri yang mencatatkan kadar Rt terendah semalam adalah Perlis dengan nilai 0.67, Terengganu pada kadar 0.69 dan Selangor (0.88). 

Data itu turut memberi amaran, sekiranya nilai Rt semasa terus melonjak kepada 1.2, jumlah kes harian COVID-19 diunjurkan boleh mencecah 3,000 kes sehari. 

Sehubungan itu, rakyat dinasihat untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan seperti memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal dan beberapa peraturan lain membabitkan aktiviti ekonomi dan sosial.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Sebagai contoh, jika nilai Rt adalah 1.5, ia bererti satu kes positif boleh menyebarkannya kepada seorang atau dua orang yang lain.

Semalam, sebanyak 1,300 kes baharu COVID-19 dilaporkan dengan tiga negeri mencatatkan pertambahan kes tiga angka iaitu Sarawak dengan 385 kes, diikuti Selangor (242) dan Kelantan, 126 kes. – BH Online

Tags: Covid-19KKMRt
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd