• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hopkins Aktor Paling Tua Dalam Sejarah Menang Oscar

oleh
26/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES – Pelakon terkenal, Anthony Hopkins memenangi kategori pelakon terbaik dalam Anugerah Akademi atau Oscar kali ke-93 menerusi filem Father di Teater Dolby dan Union Station, Los Angeles pada Ahad.

Menurut AFP, dalam anugerah itu, Hopkins yang berusia 83 tahun mencipta sejarah apabila menjadi pelakon paling tua memenangi anugerah tersebut.

Sementara itu, penerbit dan pelakon filem, Frances McDormand menang anugerah pelakon filem terbaik menerusi filem Nomadland yang diarahkan oleh pengarah filem dari China, Chloe Zhao.

Filem Nomadland itu yang mengisahkan tentang penduduk Amerika Syarikat (AS) tinggal di dalam van semasa zaman Kemelesetan Besar di AS juga memenangi kategori filem terbaik.

Pelakon pembantu wanita terbaik pula dimenangi oleh aktres Korea Selatan, Youn Yuh-jung yang berusia 73 tahun menerusi filem Minari yang mengisahkan tentang keluarga imigran Korea Selatan di AS.

Beliau merupakan satu-satunya pelakon Korea Selatan yang memenangi kategori pelakon pembantu terbaik dalam Anugerah Akademi itu.

Dalam pada itu, pelakon lelaki pembantu lelaki terbaik pula dimenangi oleh aktor kulit hitam, Daniel Kaluuya kerana lakonannya sebagai pemimpin parti Black Panther di AS iaitu Fred Hampton dalam filem Judas and the Black Messiah. – Agensi

Tags: anthony hopkinsoscarpelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd