• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Hakim Mahkamah Tinggi Tersalah Arah”

oleh
05/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Rayuan di sini, hari ini, berlaku salah arah yang jelas dan serius oleh Hakim Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan Datuk Seri Najib Razak berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Muhammad Shafee yang mewakili Najib memberitahu mahkamah, salah arah oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, dalam perbicaraan itu memerlukan campur tangan Mahkamah Rayuan.

“Hakim yang mendengar perbicaraan bertanggungjawab menilai secara maksimum bukti dikemukakan di mahkamah dan memetik bukti spesifik dan terpilih yang boleh dipercayai.

“Bagaimanapun, pada keputusan kes di akhir pendakwaan, Mohd Nazlan hanya menggariskan beberapa bukti yang dianggap boleh dipercayai bagi mewujudkan elemen pertuduhan prima facie terhadap Najib,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam prosiding pendengaran rayuan anak guamnya di Mahkamah Rayuan, hari ini.

Pada 28 Julai 2020, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Bagaimanapun Najib, 67, dibebaskan dengan ikat jamin RM2 juta berserta dua penjamin sementara menunggu rayuan kes itu selesai.

Muhammad Shafee berkata, semua bukti yang tidak dinyatakan pada 11 November 2019 dianggap tidak boleh membentuk subjek yang menentukan kes prima facie.

Katanya, prosiding pembelaan kemudian dijalankan secara spesifik untuk membahaskan penemuan fakta, kesimpulan dan anggapan yang digariskan dalam keputusan pada 11 November 2019.

“Bagaimanapun, alasan tambahan penghakiman penuh oleh hakim perbicaraan pada akhir kes pembelaan untuk menjustifikasikan kes prima facie tidak dimaklumkan kepada Najib di akhir kes pendakwaan.

“Sehubungan itu, ia tidak dapat dibangkitkan ketika prosiding pembelaan,” katanya.

Muhammad Shafee, berkata tambahan pada penghakiman penuh terjumlah kepada pelanggaran prinsip trite.

Sehubungan itu, hujahnya, alasan tambahan pada penghakiman penuh tidak boleh digunakan oleh mahkamah untuk menentukan sama ada Hakim Mahkamah Tinggi membuat penemuan tepat dalam menentukan kes prima facie berdasarkan semua elemen pertuduhan.

Hari ini ditetapkan untuk pendengaran rayuan hari pertama Najib selepas didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara atas tujuh tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram serta menyalahgunakan kedudukan membabitkan wang berjumlah RM42 juta milik SRC.

Mahkamah sebelum ini menetapkan 5 hingga 8, 12 hingga 15 dan 19 hingga 22 April untuk pendengaran rayuan Najib.

Prosiding pendengaran rayuan itu diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Terdahulu, mahkamah mula bersidang tepat jam 9 pagi tetapi peguam Harvinderjit Singh yang turut mewakili Najib memohon kes ditangguhkan sebentar memandangkan Muhammad Shafee belum tiba kerana terpaksa berpatah balik mengambil dokumen.

Sebaik mahkamah kembali bersidang kira-kira jam 9.40 pagi, Muhammad Shafee memohon pendengaran rayuan ditangguhkan selama sebulan.

Beliau memberitahu mahkamah, pembelaan memerlukan lebih masa memandangkan pihaknya kini dalam proses mengumpul bukti membabitkan peranan keluarga bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dalam kes Najib.

Beliau berhujah, bukti berkenaan penting dalam pembelaan Najib.

“Bagaimanapun setakat ini, kami gagal mendapatkan kerjasama daripada pelbagai pihak,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram memberitahu mahkamah, pihaknya membantah permohonan Muhammad Shafee selain sudah bersedia meneruskan prosiding berkenaan. 

Katanya, Muhammad Shafee hanya mahu kes ditangguhkan dan menggunakan alasan yang tidak sah.

Mahkamah menolak permohonan Muhamamd Shafee dan memerintahkan prosiding pendengaran rayuan berkenaan diteruskan.

Perbicaraan bersambung esok. – BH Online

Tags: Najib Tun RazakShafee AbdullahSRC International
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

05/05/2023
0

Kuala Lumpur : Suspek skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd dicekup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

13/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan rayuan akhirnya akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd