• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ECRL: Kenyataan EXCO Selangor Bermotif Politik

oleh
07/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Port Klang Free Zone (PKFZ), Datuk Dr Lawrence Low menyifatkan kenyataan EXCO Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkenaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bermotifkan politik.

Beliau berkata, penegasan Chang Khim bahawa kerajaan negeri tidak akan memberi kerjasama kepada Kerajaan Persekutuan bagi perolehan tanah jika Jajaran Utara ECRL dilaksanakan jelas demi kepentingan peribadi.

“Soal kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonomi negara secara menyeluruh seharusnya dilihat sebagai keutamaan selain projek ECRL itu nanti tidak akan memberi kesan negatif terhadap alam sekitar, perkampungan Orang Asli dan kawasan tadahan air.

“Tetapi apa yang menjadi igauan ngeri rakyat Selangor adalah mengenai masalah bekalan air sehingga menyusahkan kehidupan seharian sejak bertahun-tahun di bawah pemerintahan Pakatan Harapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Chang Khim mengkritik Ka Siong kerana bertegas melaksanakan Jajaran Utara ECRL.

Seperti dilaporkan, beliau menyifatkan Putrajaya bertindak seakan ‘pembuli besar’ selain mengatakan kerajaan negeri tidak akan membantu perolehan tanah untuk projek berkenaan.

Mengulas lanjut Low berkata, pelaksanaan Jajaran Utara tidak akan memasuki Empangan Batu yang menjadi antara empangan membekalkan air kepada penduduk Selangor dan Lembah Klang, serta mengelak daripada kawasan berpenduduk padat di Gombak.

Katanya, pada masa yang sama, perlu juga untuk memastikan kesan terhadap penduduk dapat diminimumkan seperti dijelaskan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam sidang media Isnin lalu.

“Beliau menjelaskan walaupun terdapat sehingga tujuh hutan simpanan yang mungkin dilalui ECRL di bawah Jajaran Utara, beberapa terowong sepanjang 15.22 kilometer akan dibina untuk mengurangkan penebangan hutan simpan itu.

“Jajaran Selatan juga turut berhadapan dengan cabaran ini dengan kesan yang sama,” katanya.

Katanya, bagi kawasan membabitkan tanah Orang Asli, kemungkinan hanya dua kawasan terbabit di Jajaran Utara berbanding tujuh kawasan di Jajaran Selatan.

“Jajaran Utara juga hanya memberi kesan kepada 11 kawasan perumahan di sepanjang 201 kilometer jajaran dari Mentakab ke Pelabuhan Klang berbanding Jajaran Selatan yang akan menjejaskan 19 kawasan perumahan.

“Jajaran yang berhubung dengan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Jalan Kastam, Pelabuhan Klang menerusi Jajaran Utara juga akan menjadi Stesen Jalan Kastam sebagai platform yang strategik bagi perkhidmatan penghantaran kargo ke destinasi (last-mile connectivity) ke Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Barat sekali gus memberi banyak manfaat kepada ekonomi,” katanya.

Katanya, itu adalah satu langkah terbaik bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan pengangkutan di negara ini selain membolehkan perkhidmatan KTMB dapat diintegrasikan dalam keseluruhan projek berkenaan menerusi laluan pintasan dari Serendah ke Pelabuhan Klang.

Beliau berkata, jajaran itu bakal melengkapkan penubuhan hub kargo nasional di Serendah serta meningkatkan kecekapan perjalanan kargo bagi KTMB dan ECRL.

“Seperti kita sedia maklum, nisbah pendapatan ECRL adalah 70 peratus kargo dan 30 peratus penumpang. Oleh itu jelas ini adalah langkah terbaik untuk meningkatkan kecekapan kargo ECRL melalui pembinaan Jajaran Utara,” katanya.

Low berkata, Jajaran Utara bukan sahaja lebih unggul dari semua aspek tetapi turut membawa manfaat ekonomi yang lebih signifikan kepada negara dan rakyat secara keseluruhan. 

“Oleh itu, Kerajaan Selangor didesak supaya tidak terlalu bermain politik untuk kepentingan peribadi, lebih-lebih lagi dilihat sengaja cuba menggagalkan usaha murni Kerajaan Persekutuan tanpa memberikan sebab dan justifikasi secara profesional. 

“Menjadikan sektor ekonomi sebagai agenda bagi memenuhi kepentingan politik hanya akan merugikan rakyat,” katanya. – BH Online

Tags: Exco SelangorPKFZProjek ECRL
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Risau Dinding Flat Loke Yew Dan Hang Tuah Roboh

Next Post

Putus Cinta, Lelaki Meluru Naik Pelamin

Related Posts

Projek ECRL Dirancang Minimum Kerosakan Alam Sekitar

Projek ECRL Dirancang Minimum Kerosakan Alam Sekitar

11/05/2024
0

KUALA TERENGGANU : Jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665 kilometer membabitkan perbelanjaan sebanyak RM50.27 bilion direka bentuk...

Mendapan: Projek  ECRL Selamat Diteruskan

Mendapan: Projek ECRL Selamat Diteruskan

27/07/2023
0

KUALA LUMPUR: Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) memaklumkan tiada tanda-tanda mendapan atau berlaku tanah runtuh di lokasi projek Laluan...

Next Post

Putus Cinta, Lelaki Meluru Naik Pelamin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd