• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AGC Bantah Permohonan Cabar Tangguh Undi 18

oleh
19/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan 18 anak muda untuk mencabar tindakan kerajaan menangguhkan pelaksanaan Undi 18.

Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan yang mewakili AGC, berkata mereka mengemukakan bantahan awal hari ini atas alasan permohonan itu remeh, menjengkelkan dan pramatang pada tahap ini kerana belum ada tindakan diambil berkaitan perkara itu.

Sementara itu, seorang lagi Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad berkata, undang-undang dan peraturan berkaitan perlu dipinda terlebih dulu, sebelum pendaftaran pemilih automatik (AVR) boleh dikuatkuasakan.

“Ini kerana, dengan pindaan Perlembagaan, tidak akan ada lagi permohonan selepas AVR dikuatlkuasakan.

“Pemohon berhujah penguatkuasaan dan pelaksanaan Seksyen 3 (a) dan Seksyen 3 (b) Perlembagaan (Pindaan ) Akta 2019 boleh dilakukan secara berasingan.

“Namun, kami berhujah penguatkuasaan dan pelaksanaan pindaan Perlembagaan itu tidak dapat dijalankan secara berasingan dan harus dilakukan bersama-sama.

“Penguatkuasaan dan pelaksaan AVR adalah kesan terbalik daripada permohonan pendaftaran oleh individu berkelayakan,” katanya sambil menambah mahkamah kemudian menetapkan 6 Mei untuk mendengar bantahan yang dikemukakan itu.

Anak muda terbabit mewakili Gerakan Undi 18 mengemukakan permohonan semakan kehakiman dengan menamakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden.

Undi 18 adalah langkah menurunkan had usia mengundi warganegara kepada 18 tahun dan bagi membolehkan pendaftaran pemilih automatik (AVR) dilakukan.

Peguam 18 anak muda berkenaan, Datuk S Ambiga berkata, hari ini ditetapkan bagi mendengar permohonan mengenepikan semakan kehakiman oleh anak guamnya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.

Bagaimanapun, peguam itu memaklumkan susulan bantahan dikemukakan AGC itu, pihaknya memerlukan masa untuk menjawab perkara itu.

Pada 2 April lalu, anak muda berkenaan memfailkan permohonan itu bagi mendapatkan beberapa perintah mahkamah susulan tindakan responden menangguhkan pelaksanaan Undi-18.

Dalam permohonan itu, anak muda terbabit memohon suatu perisytiharan tindakan kerajaan untuk menangguhkan penguatkuasaan menurunkan usia mengundi dari 21 tahun ke 18 tahun adalah tidak rasional, tidak sah, tidak seimbang dan suatu bentuk penindasan terhadap pemilih.

Pemohon yang berusia antara 18 dan 20 tahun itu juga meminta suatu deklarasi warganegara yang berumur 18 hingga 20 tahun mempunyai kepentingan atau jangkaan yang sah mereka mempunyai hak untuk mengundi pada atau sebelum Julai 2021. – BERNAMA

Tags: jabatan peguam negaraundi 18 tahun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2,078 Kes Baharu Covid-19, 1,402 Pulih, 8 Kematian

Next Post

Suami Isteri Boleh Disekalikan Janji Temu Suntikan Vaksin

Related Posts

Jabatan Peguam Negara Nafi Pengampunan Anwar Tidak Sah

Jabatan Peguam Negara Nafi Pengampunan Anwar Tidak Sah

03/06/2025
0

SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara (AGC) menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pengampunan Perdana Menteri,...

11 Alasan Mengapa Ahmad Zahid DNAA – Hujah Jabatan Peguam Negara

11 Alasan Mengapa Ahmad Zahid DNAA – Hujah Jabatan Peguam Negara

04/09/2023
0

Kuala Lumpur: Ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan Jabatan Peguam Negara (AGC), Datuk Mohd Dusuki Mokhtar memberi hujah 11 alasan mengapa...

Next Post

Suami Isteri Boleh Disekalikan Janji Temu Suntikan Vaksin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd