• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Lagi Ditahan Kes Iklan Judi Dalam Talian

oleh
19/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan lima lagi individu, termasuk pengarah, komposer serta penyanyi disyaki terbabit dalam pembikinan video iklan mempromosikan kegiatan perjudian dalam talian sempena Hari Raya, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata kesemua mereka diberkas di sekitar ibu negara dan Selangor.

“Pengarah terbabit yang diburu sebelum ini, dipercayai mendapat arahan daripada sindiket perjudian dalam talian untuk menerbitkan video itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, penangkapan itu menjadikan jumlah keseluruhan individu ditahan berhubung pembikinan dua video iklan kontroversi terbabit ialah 18 orang, setakat ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Zainal berkata, kesemua lima individu berkenaan akan direman, hari ini.

Selain itu, beliau memaklumkan, polis masih meneruskan siasatan bagi menjejaki sindiket perjudian dalam talian yang menjadi dalang pembikinan video terbabit.

Sebelum ini, 13 tangkapan dibuat meliputi pelakon, penerbit dan kru penerbitan yang disyaki terbabit dalam pembikinan video berkenaan, iaitu sembilan ditahan bagi kes pertama serta empat lagi berhubung kes kedua. – BERNAMA

Tags: Iklan Rayaperjudian dalam talian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Tularkan Iklan Raya Promosi Judi – Jakim

16/04/2021
0

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta umat Islam di negara ini agar tidak menularkan video yang dipercayai mengandungi...

SKMM Sekat Iklan Raya Promosi Judi Di Media Sosial

16/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan menyekat satu video iklan raya yang mempromosi kegiatan perjudian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd