• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tetak Leher Isteri Sarat Hamil Kerana Cemburu

oleh
09/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Angkara cemburu, seorang lelaki tergamak menetak leher isterinya yang sedang hamil sehingga mati dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa dikenali sebagai Norhasnah Sahanin, 20-an, ditemukan meninggal dunia di ruang tamu rumah kongsi tidak bernombor dekat Kampung Tanah Merah Checkpoint, Kilometer 50 Jalan Tawau-Semporna.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, pihak polis yang menerima laporan mengenai kejadian itu pada 7.06 malam bergegas ke lokasi kejadian sebelum gerakan memburu suspek dilancarkan.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek yang juga warga asing berusia 22 tahun dan bekerja sebagai buruh ladang disitu melarikan diri selepas kejadian itu.

“Suspek berjaya ditahan selepas bersembunyi di kawasan ladang kelapa sawit iaitu kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian pada 12.05 tengah malam.

“Turut dirampas sebilah parang panjang berukuran 68 sentimeter bersama sarung parang warna biru dan sehelai seluar panjang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut Peter berkata, hasil siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca daripada suspek yang mengetahui tentang hubungan sulit isterinya.

Katanya, mangsa bagaimanapun enggan menceritakan hubungan sulit itu kepada suspek menyebabkannya berang.

Tambahnya, pemeriksaan awal mangsa mendapati satu kesan tetakan di bahagian belakang leher disyaki menggunakan senjata tajam selain si mati juga dipercayai sedang mengandung.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan kanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. – myMetro Online

Tags: cemburuisteri hamiltetak isteri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Masih Siasat Tan Sri, Datuk Dalangi Kartel Dadah

Next Post

Dr Zulkifli Nasihat Sajat Serah Diri

Related Posts

Polis Siasat Motif Cemburu, Dendam Atau Hutang Kes Simbah Asid

Polis Siasat Motif Cemburu, Dendam Atau Hutang Kes Simbah Asid

22/05/2025
0

KOTA BHARU: Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif utama kejadian simbah asid membabitkan pengusaha spa di Bachok, Sabtu...

IRGC Beri Amaran Tindak Balas Lebih Besar

Guru Diikat, Diugut Bunuh Suami Cemburu

14/04/2024
0

GERIK - Akibat cemburu seorang lelaki sanggup mengikat dan mencederakan isterinya selepas mengesyaki wanita itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain....

Next Post

Dr Zulkifli Nasihat Sajat Serah Diri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd