• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sektor Swasta Harus Labur Dalam Inovasi, Laksana Pendigitalan

oleh
23/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sektor swasta harus melabur dalam inovasi dan pendigitalan, memanfaatkan platform digital, ekosistem dan pasar untuk meningkatkan produktiviti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia termasuk melabur dalam keselamatan siber bagi mewujudkan ekosistem digital yang selamat, terjamin dan dipercayai supaya perniagaan dapat beroperasi.

“Untuk menjadi negara berpendapatan tinggi, kita perlu melakukan transformasi kepada ekonomi. Kita perlu meningkatkan bakat (pekerja berkemahiran), kita perlu mewujudkan sebuah ekosistem yang mendorong inovasi dan keusahawanan,” katanya.

Mustapa berkata demikian dalam ucaptama pada sesi dialog anjuran Kuala Lumpur Business Club mengenai MyDIGITAL dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.

Bulan lepas, kerajaan telah melancarkan MyDIGITAL, inisiatif nasional yang merupakan aspirasi kerajaan untuk mengubah Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi dipacu oleh pendigitalan dan mendahului pada peringkat serantau dalam ekonomi digital.

Sementara itu, Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia menggariskan program pemilikan, garis masa dan hasil program untuk membawa transformasi sosioekonomi negara kepada pertumbuhan mampan, bertanggungjawab dan inklusif.

Melalui MyDIGITAL, rakyat Malaysia dapat memperbaiki kehidupan mereka dalam setiap aspek melalui inisiatif yang diperkenalkan yang digariskan dalam rangka tindakan itu, kata Mustapa.

“Kejayaan rangka tindakan ini bergantung pada komitmen kerajaan, rakyat dan sektor swasta.

“Sektor swasta perlu memperkenalkan penyelesaian inovatif dalam menyelesaikan cabaran sosio-alam sekitar, melengkapkan pekerja dengan kemahiran yang diperlukan untuk mendepani transformasi dan menyertai dalam agenda memperkasakan masyarakat dan sosioekonomi.

“Kerajaan mahu ekonomi digital menyumbang ke arah pertumbuhan yang sejahtera dan mampan,” katanya.

Mustapa berkata, perniagaan adalah pertumbuhan utama ekonomi digital, justeru pada tahun 2030, kerajaan mensasarkan untuk mencapai peningkatan produktiviti sebanyak 30 peratus di semua sektor di Malaysia dengan memanfaatkan teknologi digital.

“Kami mahu penggiat industri bukan hanya berperanan sebagai pengguna dan pengikut sahaja tetapi juga pencipta model perniagaan inovatif di bawah ekonomi digital,” katanya. – BERNAMA

Tags: inovasiMustapa MohamedMyDIGITALpendigitalan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

K’jaan Teliti Keperluan Lesenkan Platform Google, Meta, TikTok – Fahmi

Pendaftaran MyDigital ID Untuk 1.6 Juta Penjawat Awam Giat Dijalankan – Fahmi

21/12/2023
0

PROSES pendaftaran Identiti Digital Nasional atau MyDigital ID membabitkan 1.6 juta penjawat awam yang sedang giat dilaksanakan ketika ini berjalan...

Kerajaan Pastikan Rakyat Tak Terbeban Harga Minyak Naik

05/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan beban rakyat susulan trend peningkatan semula harga minyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd