• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakan Sekerja Didakwa Bunuh Nik Khatijah

oleh
19/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Rakan sekerja kepada Pengurus Jabatan Advokasi Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Nik Khatijah Nik Mud didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh wanita itu dua minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Hasbullah Ismail, 57, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syahrul Sazli Md Sain memandangkan kes itu dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga pengurus di Ikram didakwa membunuh Nik Khatijah di sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, di sini, antara jam 11 malam pada 5 Mac lalu hingga jam 3 pagi pada 6 Mac lalu.

Pertuduhan kes itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati. 

Mahkamah kemudian menetapkan 16 April ini sebagai tarikh sebutan semula.

Dalam prosiding itu, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hairul Iqram Hairuddin, manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Halem Mohamad Husin.

Turut hadir pada prosiding itu adalah beberapa peguam pemerhati dari Ikram.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan Nik Khatijah ditemui mati dengan kesan jerutan di leher di sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, di sini, pada 9 Mac lalu. – myMetro Online

Tags: IKRAMMembunuhNik Khatijah Nik Mud
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cubaan Membu*nuh Berjaya Direkod, Lima Lelaki Ditahan Polis

Cubaan Membu*nuh Berjaya Direkod, Lima Lelaki Ditahan Polis

12/02/2026
0

Cubaan Membunuh Berjaya Direkod, Lima Lelaki Ditahan Polis

Cubaan Membu*nuh Dengan Niat Berjaya Dirakam….

Cubaan Membu*nuh Dengan Niat Berjaya Dirakam….

12/02/2026
0

Cubaan Membu*nuh Dengan Niat Berjaya Dirakam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd