• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proses Keluarkan Mayat Insiden Komponen Kren Jatuh Diteruskan

oleh
23/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Proses mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam insiden di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Cheras, masih diteruskan hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Nordin Pauzi berkata, pihaknya sedang menunggu pihak kontraktor untuk menstabilkan struktur binaan yang dijangka mengambil masa tujuh hingga sembilan jam.

“Kita sedang tunggu pihak kontraktor menjalankan kerja mereka sebelum proses mengeluarkan mayat mangsa dilakukan kerana rasuk binaan itu berat,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisnten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, anggotanya masih ditugaskan di tempat kejadian bagi tujuan memantau keselamatan.

“Pihak kami juga menempatkan balai bergerak bagi memudahkan anggota membuat pemantauan dan kawalan,” katanya.

Semalam, tiga pekerja warga China maut manakala seorang pemandu cedera parah susulan insiden satu daripada komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat SUKE berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras, di sini.

Tiga pekerja projek pembinaan berkenaan yang berasal dari China dikenali sebagai Ding Kunfu, Jiang Jinboa dan Mu Tong Zheng mati terhimpit, dan usaha mengeluarkan mayat Mu masih dilakukan susulan keadaannya yang terhimpit di atas rangka struktur.

Sementara itu, seorang lelaki tempatan yang memandu kereta Perodua Bezza dilapor cedera parah akibat dihempap struktur kren berkenaan semasa melalui kawasan tersebut dan dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk rawatan lanjut.

Pihak Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dalam kenyataan turut memaklumkan lencongan dibuka manakala jalan di Persiaran Alam Damai ditutup susulan kejadian itu bagi membolehkan kerja pembersihan dilakukan di lokasi kemalangan mulai semalam sehingga Ahad. – BERNAMA

Tags: Lebuhraya SUKEMayatstruktur besi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

11/12/2025
0

Kota Damansara, 11 Disember 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd