• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Tenaga Solar Johor: Najib Minta Kerajaan PN Perjelas

oleh
11/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS Perdana Menteri, DS Najib menggesa Kerajaan PN supaya memberi penjelasan secara umum kenapa tidak memberi maklum balas atau kelulusan bagi projek tenaga solar di Johor.

Pada pandangan Najib penjelasan itu penting supaya rakyat Johor tidak rasa terpinggir oleh kerajaan pusat. Menurutnya tiada sebab kenapa projek di Penggerang itu tidak diluluskan kalau ia menggunakan dana swasta.

Sebelum itu Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengumumkan cadangan majlis pecah tanah untuk pembangunan itu pada 23 Mac ini.

Tetapi Sultan Johor bertitah ia tidak dapat dijalankan kerana Putrajaya belum memberikan sebarang maklum balas mengenai cadangan projek Taman Solar Sultan Ibrahim itu.

Menurut Sultan Johor, beginda tidak nampak alasan kukuh mengapa kerajaan persekutuan tidak boleh beri peluang kepada Johor untuk menjadi pengeluar tenaga elektrik yang mesra alam ini.

Titah beginda “Johor ada kawasan tanah yang sesuai, pembangunan yang pesat di negeri ini dan permintaan daripada negara jiran. Johor adalah lokasi yang paling strategik.”

Pada 28 Februari lalu media melaporkan Johor bakal menjadi negeri pengeluar utama tenaga solar di rantau Asia Tenggara apabila Taman Solar Sultan Ibrahim itu siap – dijangka menjelang 2023.

Projek bernilai RM1.4 bilion dan berkapasiti 450 megawatt berkenaan diumumkan sendiri oleh Sultan Ibrahim.

Titah baginda Taman Solar Sultan Ibrahim itu adalah projek pelaburan swasta berskala besar pertama diperolehi Johor pada tahun ini dan ia adalah atas usaha baginda sendiri.

Titahnya projek itu juga seiring dengan Pelan Pembangunan Mapan Johor 2030 yang mengutamakan kelestarian alam sekitar dalam pembangunan ekonomi serta kemakmuran hidup rakyat.

“Ia akan turut memberi impak kepada pembangunan ekonomi negeri dengan penawaran kerja kepada pelbagai peringkat kerana ia juga akan menjadi sistem penyimpanan tenaga solar terbesar di rantau ini apabila beroperasi sepenuhnya menjelang 2023,” titahnya di Facebook. – Mynewshub.TV

Tags: Kerajaan PNNajib Tun Razakprojek tenaga solar Johor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

5 Kluster Baharu Covid-19 Dikenal Pasti

Next Post

PAS Mengaku Main 2 Kolam

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

Next Post

PAS Mengaku Main 2 Kolam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd