• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tak Akan Dedah Nama Pegawai Terbabit Isu Kartel

oleh
23/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mendedahkan senarai nama pegawai yang terbabit isu kartel dalam kalangan pegawai polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, bagaimanapun senarai nama pegawai yang terbabit sudah berada di dalam pengetahuannya.

“Setakat ini kita tidak akan mendedahkan (senarai nama) kerana ia masih dalam keadaan terkawal.

“Pendedahan yang dibuat bukan untuk menguji ‘pasaran’ saya atau mengumpan untuk disambung kontrak, saya bukan manusia begitu ia adalah untuk kita tidak mengulangi titik-titik hitam yang dahulu,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Abdul Hamid berkata, beliau juga akan berbincang dengan Timbalan Ketua Polis Negara mengenai tindakan yang akan diambil kepada individu yang terbabit.

“Saya tahu apa yang berlaku di bawah sana dan saya ingin mereka tahu bahawa saya tahu.

“Saya akan ambil tindakan kerana saya kenal mereka, saya juga akan berbincang dengan Timbalan Ketua Polis Negara mengenai tindakan yang akan diambil,” katanya.

Menurutnya, tindakannya untuk melakukan pendedahan adalah bagi memberitahu perkara sebenar yang terjadi di dalam pasukan.

“Ada yang kata mendedahkan ini (kartel) membuka pekung di khalayak ramai (tetapi) pekung itu siapa yang buat, kita (polis) megah berjalan di pekan, kita ingat orang hormat kita tetapi di belakang orang ludah kita.

“Tidak ada salah saya bercakap mengenai integriti di dalam PDRM kamu semua (wartawan) tahu apa berlaku masa lampau bagaimana orang takut untuk membuat laporan.

“Kita tak nak wujudkan keadaan sebegitu, saya nak jadikan balai polis sebagai tempat perlindungan untuk buat aduan,” katanya. – myMetro Online

Tags: Kartel PDRMKetua Polis Negarapegawai polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Polis Negara Bantu Mangsa Kemalangan

Ketua Polis Negara Bantu Mangsa Kemalangan

16/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan...

Lelaki Warga Israel Disambung Reman 7 Hari

Kertas Siasatan Dr Akmal Dijangka Siap Dalam Tempoh Tujuh Hari – KPN

07/04/2024
1

KUALA LUMPUR: Polis kini sedang melengkapkan siasatan berhubung kes yang dilaporkan terhadap Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd