• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS, BERSATU Tolak Penjajaran Baharu Babit PH

oleh
31/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bertegas menolak sebarang bentuk penjajaran baharu untuk menubuhkan kerajaan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) terutama membabitkan Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya.

Sehubungan itu, PAS dan BERSATU akan terus memperkukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRU-15.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan rakan sejawatnya dari BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan bersama berkata, dua parti itu sentiasa komited memperkukuhkan penyatuan ummah dan perpaduan seluruh masyarakat majmuk, bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mendukung konsep terbabit.

Jelas mereka, dua parti berkenaan menolak sebarang usaha untuk merungkaikan perpaduan yang sedia terjalin dan percubaan menggugat kerajaan PN yang dibina secara bersama.

“Selepas mengikuti senario mutakhir politik negara, kepemimpinan tertinggi BERSATU dan PAS diketuai Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengadakan pertemuan semalam bagi merangka hala tuju kerjasama lebih mantap dan berstrategi dalam PN.

“Menginsafi pentingnya kestabilan politik sebagai teras kelangsungan kerajaan PN dalam membela kebajikan rakyat dan bagi menangani COVID-19, kepemimpinan tertinggi PAS dan BERSATU bersetuju dengan ketetapan asas seperti berikut,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, PAS dan BERSATU selaku parti pengasas utama PN akan menubuhkan Jawatankuasa Permesyuaratan di peringkat Pusat bagi merangka strategi dan hala tuju parti khususnya bagi menghadapi PRU-15, termasuk rundingan pengagihan kerusi.

Katanya, segala keputusan yang dicapai akan dibawa ke mesyuarat Majlis Tertinggi PN untuk dimuktamadkan secara kolektif dalam kalangan semua parti komponen.

“PAS dan BERSATU menyeru semua pertubuhan dan persatuan Melayu, Islam dan Bumiputera serta rakyat Malaysia yang cintakan negara supaya bersatu hati untuk bersama berjuang dalam saf yang sama demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang,” katanya. – BH Online

Tags: BERSATUpakatan harapanPASPRU-15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menafikan dakwaan partinya dan BERSATU bersetuju untuk...

PAS Sedia Terajui PN – Syahir

PAS Sedia Terajui PN – Syahir

30/12/2025
0

SHAH ALAM – Pas bersedia menerajui Perikatan Nasional (PN) sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) susulan peletakan jawatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd