• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mimbar Masjid Berusia 100 Tahun Ditemui

oleh
16/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOPENG – Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan pengukir terkenal abad ke-19 iaitu Allahyarham Megat Ja’afar, keturunan Megat Terawis, ditemui masih terpelihara dan utuh di Masjid Ahmadiah Kampung Kepayang di sini.

Megat Ja’afar adalah keturunan Megat Terawis iaitu Orang Kaya Bendahara Perak pertama pada zaman pemerintahan Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah I.

Ketua Jabatan Seni dan Reka Bentuk Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Harleny Abd Arif, berkata mimbar dengan ketinggian lebih tiga meter itu mempunyai keunikan tersendiri.

“Dalam ratusan mimbar seluruh negara ini dan negara jiran yang saya kaji serta temui, saya dapati mimbar ini mempunyai kelainan dari segi inskripsi di bahagian dalam kerangka yang tercatat nama Megat Ja’afar berserta tahun pembuatan dalam angka Arab,” katanya ketika melawat mimbar di Masjid Ahmadiah Kampung Kepayang, terletak kira-kira 30 kilometer dari Ipoh.

Katanya, angka versi Arab itu apabila diterjemahkan ke tulisan rumi mencatatkan tahun 1323 Hijrah, bersamaan tahun 1905 Masihi seiring dengan tahun sama masjid itu didirikan.

Harleny berkata, antara keunikan terdapat pada mimbar itu adalah motif ukirannya diilhamkan daripada sumber alam semula jadi termasuk motif daun Kelumpang, daun Ketumbit dan daun Bayam Peraksi.

Katanya, hasil kajian dijalankan sejak tahun 2009 itu turut mendapati terdapat tiga jenis teknik ukiran diterap pada mimbar berusia lebih seabad itu iaitu teknik Tebuk Tembus Bersilat, Tebuk Timbul Bersilat dan Ukiran Layang.

“Kajian ini juga saya jalankan dengan merujuk Persatuan Keturunan Megat Terawis Malaysia bagi mendapatkan maklumat berkenaan Megat Ja’afar dan Persatuan Penggiat Seni Ukiran Kayu Malaysia (PENGUKIR) bagi mengesahkan jenis motif pada mimbar,” katanya.

Beliau berkata, terdapat juga mimbar dihasilkan Megat Ja’afar ditempatkan di Masjid Teluk Memali Seri Bougainvillea di Perak Tengah, kira-kira 16 tahun kemudian kerana ditemui terdapat inskripsi di bahagian belakang panel gunungan mimbarnya, sama seperti inskripsi dicatatkan pada mimbar Masjid Ahmadiah Kampung Kepayang.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Masjid Ahmadiah Kampung Kepayang, Mohd Sukri Saad ketika ditemui memberitahu pihak pengurusan masjid sentiasa memelihara mimbar yang ditempatkan di masjid berusia lebih seabad itu supaya tetap terpelihara.

Katanya, sejarah mimbar itu amat terkenal dan dikagumi penduduk asal di kampung itu yang sering mengunjungi masjid berkenaan.

“Ini adalah antara masjid tertua di sini selain Masjid Teluk Memali yang terletak kira-kira 13 kilometer dari sini.

“Antara kerja penyelenggaraan yang kita lakukan termasuklah menitikberatkan penjagaan kayu dengan mengecatnya semula,” katanya.

Mohd Sukri berkata mimbar itu tetap kukuh sehingga ke hari ini kerana pembuatannya menggunakan teknik cantuman baji tanpa menggunakan sebarang paku. – BERNAMA

Tags: mimbar masjidPerak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengusaha Diberi Tempoh Hingga Oktober Untuk Henti Jualan Vape Di Perak

Pengusaha Diberi Tempoh Hingga Oktober Untuk Henti Jualan Vape Di Perak

05/01/2026
0

IPOH: Kerajaan Perak memberi tempoh sehingga Oktober ini kepada pengusaha rokok elektronik atau vape menghentikan penjualannya susulan keputusan melaksanakan larangan...

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat, Perak, Selangor Menurun Petang Ini

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat, Perak, Selangor Menurun Petang Ini

16/09/2025
0

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) dan pusat pemindahan kekal (PPK) di Sabah meningkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd