• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri UMNO Kekal Untuk Tangani COVID-19, Pulih Ekonomi

oleh
31/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri daripada UMNO kekal dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk memastikan pengurusan menangani COVID-19 serta usaha memulihkan ekonomi dilaksanakan dengan baik, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Ahli Parlimen Tenggara itu berkata menteri daripada UMNO bertekad untuk bersama-sama kerajaan sekarang bagi memastikan semua usaha yang digariskan dapat dilaksanakan dengan jayanya. 

“Kita (UMNO) kekal dalam Kabinet untuk bantu negara dan memastikan setiap agenda sedia ada dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Nota Kerjasama antara Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata semua menteri daripada UMNO akan terus kekal dalam Kabinet kerajaan PN selepas kesepakatan itu dicapai dalam pertemuannya dengan menteri-menteri daripada UMNO pada Isnin yang meminta nasihat berhubung kedudukan mereka dalam Kabinet.

Dr Adham berkata menteri-menteri daripada UMNO mempunyai tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan dalam pengurusan pandemik COVID-19 umpamanya Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menguruskan kebanyakan isu keselamatan. 

Beliau sendiri menguruskan hal ehwal pandemik COVID-19 dan pengurusan kesihatan, manakala Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pula selaku Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan terbabit dalam program vaksinasi.

“Ini sangat penting dan perlu diberi keutamaan,” katanya.

Ditanya sama ada tindakan kekal dalam Kabinet melanggar ketetapan parti, Dr Adham berpendapat ia tidak salah kerana usul yang diputuskan adalah untuk UMNO memutuskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) apabila berhadapan dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

Pada Ahad, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usul memutuskan kerjasama politik dengan BERSATU yang menerajui kerajaan PN itu dipersetujui sebulat suara oleh perwakilan parti yang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2020. – BERNAMA

Tags: Covid-19menteri kabinetperikatan nasionalUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd