• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kumpulan Pertama Vaksin Astrazeneca Tiba Suku Kedua Tahun Ini

oleh
03/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan pertama penghantaran vaksin COVID-19 AstraZeneca ke Malaysia dijangka tiba pada suku kedua tahun ini, demikian menurut sebuah syarikat farmaseutikal.

Presiden AstraZeneca bagi Malaysia, Dr Sanjeev Panchal, berkata syarikat itu akan terus memenuhi komitmennya dalam menyediakan akses yang meluas dan saksama tanpa keuntungan.

“Kami menjalin kerjasama rapat dengan Kerajaan Malaysia untuk membantu membendung pandemik itu bagi membolehkan rakyat kembali hidup seperti biasa dan membuka laluan ke arah pemulihan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hari ini, Vaksin COVID-19 AstraZeneca (AZD1222) diberikan kelulusan pendaftaran bersyarat di Malaysia oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi imunisasi aktif individu berusia 18 tahun dan ke atas bagi mencegah COVID-19.

Dr Sanjeev berkata, kelulusan itu menandakan satu lagi pencapaian penting susulan perjanjian bersejarah dengan kerajaan Malaysia bagi membekalkan sejumlah 6.4 juta dos Vaksin COVID-19 AstraZeneca kepada jutaan rakyat di negara ini.

Beliau berkata, kelulusan itu diberikan berdasarkan penyerahan yang merangkumi keputusan analisis interim program Fasa 3 yang dikendalikan Universiti Oxford dan diterbitkan dalam The Lancet pada 8 Disember tahun lalu.

Katanya, kebenaran Malaysia adalah bagi dua regimen dos standard vaksin COVID-19 AstraZeneca yang menunjukkan ujian klinikal mampu bertoleransi dan berkesan dalam mencegah gejala COVID-19 tanpa kes teruk dan dimasukkan ke hospital melebihi tempoh 14 hari selepas dos kedua.

“Hari ini adalah hari yang kita nanti-nantikan. Pendaftaran bersyarat ini akan memberikan akses untuk jutaan rakyat Malaysia kepada vaksin AstraZeneca yang berkesan, bertoleransi dan mudah digunakan sebaik sahaja bekalan boleh didapati,” katanya.

Dr Sanjeev berkata, ujian klinikal mendapati ia adalah seratus peratus melindungi daripada penyakit yang teruk, dimasukkan ke hospital serta kematian, lebih 22 hari selepas pengambilan dos pertama yang menyaksikan setiap dos vaksin mempunyai kadar keberkesanan sebanyak 76 peratus terhadap gejala COVID-19 dalam tempoh 90 hari pertama selepas vaksinasi.

Beliau berkata, keberkesanan vaksin selepas pengambilan dos kedua lebih tinggi dalam tempoh lebih lama, mencapai 81.3 peratus dengan pengambilan dos selang 12 minggu atau lebih, dan penyelidikan turut menunjukkan bahawa ia mengurangkan jangkitan virus itu sebanyak 67 peratus.

“Vaksin itu boleh disimpan, diangkut dan ditangani dalam keadaan suhu sejuk yang biasa (dua hingga lapan darjah Celsius/36 hingga 46 darjah Fahrenheit) bagi tempoh sekurang-kurangnya enam bulan. Ia juga senang digunakan dalam keadaan penjagaan kesihatan yang sedia ada,” katanya.

Beliau berkata, vaksin itu telah mendapat kebenaran untuk digunakan di negara-negara Kesatuan Eropah, United Kingdom, Argentina, Republik Dominika, El Salvador, Mexico, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait, Bahrain, Oman, Mesir, Algeria, Maghribi dan benua Asia seperti India, Taiwan, Filipina, Thailand dan Vietnam. – BERNAMA

Tags: AstraZenecavaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

7 Kluster Baharu Covid-19

Next Post

Rentas Dari Selangor, KL Ke Putrajaya Masih Tak Dibenar

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

Next Post

Rentas Dari Selangor, KL Ke Putrajaya Masih Tak Dibenar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd