• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Selaras Data Kemiskinan

oleh
15/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan kini dalam rangka untuk menyelaraskan data kemiskinan melalui Survei dan Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES & BA) 2019, data eKasih dan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata ia bagi memudahkan kerajaan merangka dasar dan program untuk membasmi kemiskinan dan miskin tegar, khususnya membabitkan miskin bandar.

Sehubungan itu, katanya, data yang tepat membolehkan kerajaan melaksanakan tindakan bersesuaian dan mampu memberikan manfaat secara terus kepada rakyat. 

Nilai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) bagi Wilayah Persekutuan adalah RM2,216 bagi Kuala Lumpur, manakala Putrajaya (RM2,128) dan Labuan (RM2,633).

“Sebanyak 6,800 keluarga di Kuala Lumpur tergolong dalam kategori miskin bandar manakala 4,400 keluarga lagi miskin tegar.

“Bagaimanapun, kita jangka angka berkenaan akan bertambah selepas keseluruhan data berkaitan diselaraskan nanti,” katanya selepas melawat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Perkasa, malam ini. 

Tinjauan itu bertujuan mendapatkan input dan maklum balas kemiskinan terutama miskin bandar serta kesan sosio-ekonomi akibat penularan COVID-19, selain melakukan pengesahan data e-Kasih dikumpulkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) JPM.

Dapatan daripada tinjauan iti akan dijadikan input kepada Jawatankuasa Khas Kabinet Menangani Kemiskinan, Jemaah Menteri dan Penyediaan RMKe-12 (2021-2025).

Terdahulu, Mustapa turut melawat Restoran Al Mubarak yang menyediakan fasiliti Soup Kitchen bagi meninjau peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam menangani kemiskinan dan membantu kumpulan mudah terjejas, termasuk gelandangan. – BH Online

Tags: eKasihJKMkemiskinanMustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

22/02/2025
0

HULU SELANGOR: Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul seorang kanak-kanak perempuan ketika mangsa sedang menunaikan solat subuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd