• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Rancang Pusat Pemberian Vaksin Skala Besar

oleh
16/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berskala besar akan diwujudkan di semua negeri dengan pemberian vaksin kepada kira-kira 8,000 orang sehari.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya kini sedang merangka strategi dan penyediaan peruntukan bagi tujuan tersebut.

“Arahan daripada Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) hendak selesai (pemberian vaksin kepada rakyat) tahun ini juga, jadi ini akan memerlukan PPV yang berskala agak besar.

“Kita sedang melihat kepada satu PPV yang mungkin boleh (sehingga dapat) selesaikan kira-kira 8,000 (penerima vaksin) satu hari bagi fasa ketiga, sebagai contoh di Kuala Lumpur iaitu di Stadium Nasional Bukit Jalil,” katanya kepada pemberita selepas melawat PPV di Stadium Indera Mulia di sini, hari ini.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata pihaknya juga akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad untuk menyediakan PPV yang lebih besar di bandar raya Ipoh.

“Sebagai contoh, Stadium Indera Mulia hanya mampu (memberi vaksin kepada) 1,400 (orang) sehari sahaja, kalau ingin lihat kepada kapasiti lebih besar mungkin 5,000 ke atas memang memerlukan PPV yang lebih besar,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata setakat ini pihak kementerian belum menerima sebarang permohonan rasmi mahupun hitam putih daripada mana-mana negeri untuk pembelian vaksin Covid-19. 

“Masalahnya sekarang ialah kekurangan bekalan, kalau hendak beli pun kita mempunyai masalah bekalan akses vaksin tersebut. Kalau mereka dapat beli saya tidak ada apa-apa masalah, kita boleh memberi kebenaran kepada kerajaan negeri untuk membuat perolehan, cuma buat masa ini kita mempunyai masalah bekalan vaksin,” katanya. – BERNAMA

Tags: Imunisasivaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd