• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Pantau Maklumat Klinikal Vaksin AstraZeneca

oleh
15/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan akan meneliti data klinikal dan maklumat membabitkan vaksin AstraZeneca yang sebelum ini dikaitkan dengan beberapa kejadian pembekuan darah oleh penerima di negara luar.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata ketika ini pengeluar vaksin itu memaklumkan tidak ada data yang menunjukkan kaitan langsung terhadap kes pembekuan darah di negara lain itu dengan vaksin berkenaan.

“Vaksin AstraZeneca belum lagi sampai di Malaysia dan belum digunakan lagi di sini. Dalam tempoh masa sehingga ia tiba, kita akan melihat kepada maklumat data klinikal berkenaan kejadian itu.

“Apabila pakar membuat rumusan berkenaan isu ini, kita akan umumkan nanti.

“Buat masa ini, kita tidak ada pendirian lain (berhubung vaksin berkenaan),” katanya pada sidang media mingguan Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beberapa negara Eropah seperti Austria, Estonia, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Denmark dan Ireland selain Thailand di Asia Tenggara, mengumumkan menggantung pemberian vaksin berkenaan kepada penduduk masing-masing susulan beberapa kes pembekuan darah (blood clot) yang dialami penerimanya.

Austria sebelum ini mengumumkan penggantungan penggunaan vaksin AstraZeneca selepas seorang jururawat berusia 49 tahun meninggal dunia disebabkan masalah pembekuan darah yang teruk, beberapa hari selepas menerima suntikan.

Bagaimanapun, AstraZeneca kemudian mengeluarkan kenyataan menyatakan selepas meninjau data keselamatan lebih daripada 17 juta yang menerima pelalian di negara Kesatuan Eropah dan United Kingdom (UK), ia mendapati tiada bukti peningkatan risiko embolisme pada paru-paru, trombosis saraf dalam (DVT) atau trombositopenia, dalam mana-mana kumpulan umur, jantina, kumpulan atau negara tertentu.

Sementara itu, Dr Adham berkata, KKM yakin dengan penilaian Badan Regulatori Farmasi Negara (NPRA) terhadap vaksin yang diperolehi ketika ini termasuk keluaran AstraZeneca.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Adham berkata mesyuarat Kabinet Rabu ini akan memutuskan mengenai Tabung Mudarat Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan sebagai satu mekanisme untuk mengatasi mudarat akibat pelalian yang dijalankan terhadap penduduk di negara ini.

“Ia bukanlah satu pampasan,” katanya.

Pengumuman mengenainya dijangka dibuat pada minggu depan. – BH Online

Tags: AstraZenecavaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rombakan Pegawai Kanan PDRM Bukan Kerana Ada Kes

Next Post

SPRM Serah Kertas Siasatan Kes Kartel Daging Kepada Peguam Negara

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

Next Post

SPRM Serah Kertas Siasatan Kes Kartel Daging Kepada Peguam Negara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd