• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Neelofa Dipanggil Beri Keterangan Esok

oleh
29/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keluarga selebriti popular, Neelofa dipanggil memberi keterangan esok berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pada majlis pernikahan Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, selain daripada keluarga Neelofa, penganjur acara majlis pernikahan itu juga dijangka memberi keterangan bersama.

“Sepatutnya penganjur acara itu hadir memberi keterangan hari ini tetapi ditangguhkan esok bersama keluarga Neelofa.

“Setakat ini, polis sudah mengambil keterangan beberapa saksi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan pengurus acara majlis pernikahan selebriti popular dan pendakwah bebas akan dipanggil pada hari ini bagi membantu siasatan berhubung SOP.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, di hotel terkemuka di sini.

Pasangan itu dinikahkan adik Neelofa iaitu Mohd Aqief Mohd Noor dan menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin.

Namun, satu gambar tular di media sosial mendakwa majlis yang dianjurkan itu tidak mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). – myMetro Online

Tags: majlis pernikahanMKNNeelofaPU RizSOP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PETRONAS, MKN Masih Belum Perincikan Bentuk Ancaman Loji LNG Bintulu

PETRONAS, MKN Masih Belum Perincikan Bentuk Ancaman Loji LNG Bintulu

09/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berhubung arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya semua fasiliti...

Sekolah Wajib Ikut SOP KPM, Elak Tragedi Berulang

Sekolah Wajib Ikut SOP KPM, Elak Tragedi Berulang

01/03/2025
0

Jelebu: Semua pentadbir sekolah wajib mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetap dalam melaksanakan aktiviti sukan dan kokurikulum Pengarah Pendidikan Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd