• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inisiatif Sarawak Bantu Bayar PTPTN Wajar Dicontohi

oleh
15/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Inisiatif kerajaan Sarawak membantu pelajar dalam kalangan anak negeri itu membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), wajar dicontohi kerajaan negeri lain.

PTPTN dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kerajaan negeri lain wajar menjadikan usaha Sarawak membantu rakyatnya membayar baki hutang pinjaman PTPTN, sebagai pilihan utama bagi pemberian insentif dalam perancangan Belanjawan Negeri untuk manfaat rakyat.

“Cadangan ini dilihat amat sesuai di kala rakyat terkesan akibat penularan pandemik Covid-19. PTPTN sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri di seluruh Malaysia dalam merealisasikan inisiatif ini, bagi memastikan kebajikan para peminjam,” demikian menurut kenyataan itu.

Sarawak melalui Yayasan Sarawak telah membantu sehingga 9,000 peminjam menyelesaikan 30 peratus daripada baki hutang pinjaman PTPTN, dengan peruntukan sebanyak RM30 juta pada 5 Mac lalu.

Peminjam tersebut terdiri daripada anak-anak Sarawak yang telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada pinjaman PTPTN mereka, dan Sarawak satu-satunya kerajaan negeri yang memulakan usaha proaktif tersebut.

Menurut kenyataan itu, inisiatif berkenaan dilaksanakan berdasarkan polisi dan prosedur yang ditetapkan oleh Yayasan Sarawak.

Peminjam PTPTN tidak perlu mengemukakan sebarang permohonan dan boleh membuat semakan bagi nama peminjam yang layak melalui portal rasmi PTPTN (ptptn.gov.my/SemakanInsentifBayaranBalikAnakSarawak) mulai 15 Mac 2021. – BERNAMA

Tags: Pinjaman PendidikanPTPTNsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

03/01/2026
0

KUCHING – Syarikat penerbangan tempatan pertama Sarawak, Air Borneo, mencuri perhatian apabila memperkenalkan rekaan uniform kru kabin baharu yang tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd