• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

COVID-19 Mungkin Merebak Ke Manusia Daripada Kelawar – WHO

oleh
30/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GENEVA – Pasukan pakar antarabangsa yang ke Wuhan Januari lalu memutuskan besar kemungkinan COVID-19 merebak ke manusia daripada kelawar melalui haiwan perantara. 

Ia juga menolak berlakunya kebocoran virus dari makmal.

Kesimpulan itu disifatkan sebagai di tahap ‘mungkin hingga sangat mungkin’, manakala teori yang mana virus terbabit terlepas dari makmal disifatkan sebagai ‘kemungkinan besar tidak terjadi’ menurut laporan yang sudah lama dinanti-nantikan itu, yang diperoleh, semalam.

Laporan daripada misi antarabangsa ke Wuhan itu sudah lama dinanti-nantikan sejak pasukan pakar berkenaan meninggalkan China lebih sebulan lalu.

Kelambatan dalam penerbitan penemuan itu, yang dihasilkan dengan kerjasama rakan kerja mereka di China, dikatakan berpunca daripada masalah penterjemahan dan penyelarasan, meskipun timbul ketegangan diplomatik mengenai isi kandungan laporan terbabit.

Dalam satu sidang media di Wuhan pada 9 Februari, pakar dan rakan kerja mereka di China menegaskan masih belum dapat merungkaikan sepenuhnya asal usul virus COVID-19.

Namun, pakar percaya virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan penyakit COVID-19 berpunca daripada kelawar.

Satu daripada teori ialah virus terbabit merebak langsung daripada kelawar kepada manusia. 

Laporan terakhir berkenaan menetapkan senario terbabit sebagai sesuatu yang ‘mungkin’ berlaku.

Ia juga mendapati senario yang lebih dipercayai boleh berlaku ialah virus terbabit merebak daripada kelawar ke haiwan lain yang kemudiannya menjangkiti manusia.

“Meskipun virus yang paling berkait rapat ditemui dalam kelawar, jarak perubahan yang dilalui virus ini dan SARS-CoV-2 dianggarkan mengambil tempoh lama, lantas mencadangkan ada kaitan yang hilang,” menurut laporan itu.

“Senario termasuk virus itu merebak menerusi haiwan lain dianggap berada pada paras kemungkinan hingga kemungkinan besar,” menurut laporan terbabit, walaupun ia tidak menyatakan haiwan mana yang membolehkan virus itu merebak ke manusia.

Namun, laporan itu tidak menolak kemungkinan penularan virus berlaku menerusi daging beku – teori kegemaran Beijing. 

Ini memandangkan virus itu didapati dapat bertahan dalam suhu amat sejuk, lantas ‘penularan menerusi produk rantaian makanan atau produk sejuk dianggap satu kemungkinan’.

Akhir sekali, laporan terbabit mengkaji kemungkinan berlaku kebocoran dari makmal, misalnya, Institut Virologi Wuhan – satu teori yang disokong oleh pentadbiran bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Ia menarik perhatian kepada hakikat bahawa tidak wujud dalam catatan sebarang virus yang serupa dengan SARS-CoV-2 di mana-mana makmal sebelum Disember 2019, dan menekankan kadar keselamatan tinggi di makmal-makmal Wuhan.

“Punca pandemik dari makmal dianggap kemungkinan besar tidak terjadi,” menurut laporan terbabit. – Agensi

Tags: ChinaCovid-19kelawarwhowuhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd