• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Budak Baik’ Dalam Kabinet

oleh
17/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA masih ingat tokoh politik tanah air, Tun Daim Zainuddin pernah menyifatkan Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai ‘budak baik’?

Beliau menyatakan itu secara terbuka di hadapan ratusan orang ramai pada sebuah majlis bertemu rakyat kira-kira tiga tahun lalu.

Ramai tetamu tertanya-tanya apa yang dimaksudkan oleh Tun Daim sebagai ‘budak baik’ ketika itu.

Istilah ‘budak baik’ sangat subjektif. Banyak boleh dikaitkan dengan kebaikan. Suka membantu dianggap baik. Sopan santun juga baik. Sentiasa senyum pun baik jua.

Kemudian Tun Daim menjelaskan Dato’ Pa seorang ‘budak yang baik’ kerana sosok yang dikenalinya sejak muda itu seorang yang lurus, amanah dan bijak.

Tun Daim malah mendedahkan suatu kisah lama dahulu pernah berlangsung perbincangan Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu mengangkat Dato’ Pa sebagai ketua penerangan parti.

“Kita fikir macam mana dia nak jadi ketua penerangan, dia orang baik. Dia lurus, kuat agama, jadi ketua penerangan kena pandai jawab dan pusing sikit,” cerita Tun Daim kepada hadirin.

Membaca pendedahan Tun Daim pada tahun 2018 itu membuatkan saya terpanggil untuk ‘meninjau’ serba sedikit tentang individu digelar sebagai Dato’ Pa ini.

Berdasarkan rekod umum, Dato’ Pa adalah orang Melayu pertama mendapat ijazah kelas pertama dalam bidang ekonomi di Universiti Melbourne.

Kemudian mengambil Master dalam bidang Pembangunan Ekonomi di Universiti Boston. Beliau pernah dicadangkan menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

Ketiga-tiga fakta ini membuktikan Dato’ Pa memang seseorang yang bijak dalam bidangnya dan kebijakan itu malah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Maka tidak hairan beliau tetap dipanggil menyertai pentadbiran negara walau apa parti politik yang memerintah negara. BN, PH, PN.

Kemudian terdapat laporan bahawa Tun Daim adalah orang yang bertanggungjawab membawa Dato’ Pa ke kancah dunia politik.

Ini bermakna bekas Menteri Kewangan dan Pengerusi Majlis Penasihat Negara itu memang memiliki kredibiliti untuk mengulas tentang peribadi Dato’ Pa.

Seterusnya terdapat beberapa laporan ‘salasilah’ mencerminkan Dato’ Pa sebagai anggota Kabinet yang telus menjalankan tugas untuk rakyat.

Semasa menjadi Menteri MITI pada Disember 2014, beliau tanpa berselindung mengaku berlaku kelemahan dalam pengurusan bantuan dan penyelamatan mangsa banjir di Kelantan.

Pada 2015 pula beliau secara terbuka mengakui terdapat isu-isu membabitkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan penurunan nilai ringgit yang membelenggu kepentingan rakyat ketika itu.

Dalam kedua-dua isu itu beliau memberi jaminan mencari jalan untuk menanganinya demi kesejahteraan hidup anggota masyarakat.

Mungkin bagi beliau hal seperti itu tidak wajar cuba ditutupi. Kerajaan tidak boleh berada dalam keadaan ‘denial syndrome’. Tindakan segera perlu dilakukan untuk mengelak rakyat dipengaruhi persepsi negatif.

Dato’ Pa juga antara ketua kementerian yang dilihat paling mengamalkan sikap terbuka dalam urusan pentadbirannya.

Semasa menguruskan isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada 2016, beliau mengadakan sesi taklimat dan bengkel untuk Ahli Parlimen pembangkang.

Ramai Ahli Parlimen pembangkang memperakui bengkel penerangan TPP diusahakan Dato’ Pa itu adalah baik dan semakin ramai mereka menerima TPPA.

Libat urus Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) 2021-2025 turut melibatkan pemimpin pembangkang bagi mengkaji idea dan permasalahan dihadapi rakyat secara holistik.

Kesimpulannya, sesebuah kerajaan memang memerlukan ramai ‘budak baik’ seperti Dato’ Pa untuk berada dalam barisan pentadbirannya.

Kehadiran lebih ramai ‘budak baik’ yang memiliki ciri-ciri kepimpinan seperti itu sememangnya didambakan oleh rakyat bagi menjaga kebajikan mereka.

Rakyat semakin hari semakin jelik dan bosan dengan permainan dan manipulasi politik yang tiada berkesudahan. – Mynewshub.TV

Tags: Daim ZainuddinMustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Sahkan Siasat Daim Atas Dakwaan Rasuah, Pengubahan Wang Haram

SPRM Sahkan Siasat Daim Atas Dakwaan Rasuah, Pengubahan Wang Haram

24/12/2023
0

SPRM mengesahkan penyitaan Menara Ilham di Kuala Lumpur baru-baru ini berkaitan siasatannya atas dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram terhadap...

Kerajaan Pastikan Rakyat Tak Terbeban Harga Minyak Naik

05/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan beban rakyat susulan trend peningkatan semula harga minyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd