• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Bekwoh’ Di Kelantan Wajib Dapat Kebenaran Polis

oleh
29/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Sebarang penganjuran majlis membabitkan komuniti di negeri ini wajib mendapat kebenaran daripada pihak polis berkuat kuasa pada Isnin.

Polis akan memantau majlis yang diadakan termasuk kenduri kahwin, tahlil, kesyukuran dan perjumpaan berkumpulan dan memeriksa sama ada penganjur membuat permohonan atau sebaliknya.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohamad Piah berkata, langkah itu bagi membolehkan pihak berkuasa memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19 yang kini meningkat di negeri ini.

“Selain itu SOP turut akan diberi perhatian semasa lawatan, jika wujud perlanggaran kita akan ambil tindakan kompaun minimum RM1,500 dan maksimum RM10,000,” katanya ketika ditemui selepas hadir ke Mesyuarat Khas Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKN) Kelantan di Kota Darulnaim di sini pada Isnin.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Tambah Abdullah, polis sama sekali tidak akan berkompromi dengan pihak yang gagal berbuat demikian dan pemantauan berterusan akan terus dilakukan dari masa ke masa.

Abdullah berkata, tindakan itu susulan peningkatan Covid-19 di Kelantan yang berpunca daripada penganjuran majlis keramaian.

Dalam perkembangan lain, Abdullah berkata, polis akan meningkatkan lagi kawalan di pintu masuk melibatkan tiga kawasan di Mukim Semerak, Pasir Puteh susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Isnin hingga 11 April.

“Kita sudah menempatkan seramai 60 anggota di ketiga-tiga kawasan tersebut.

“Kawalan 24 jam di kawasan dilakukan bagi memastikan tiada sebarang pergerakan keluar masuk berlaku,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Covid-19KelantanMAJLIS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

01/12/2025
0

TANAH MERAH – Isteri maut ditikam dua kali di bahagian belakang badannya oleh suami menggunakan sebilah pisau di dapur rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd