• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN Permatang Pasir Nafi Mencabul

oleh
23/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil menafikan dakwaan mencabul seorang pembantu kedai wanita pada 8 Mac lalu.

Beliau dalam kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan sudah dipanggil polis untuk membantu siasatan berhubung laporan itu.

“Saya mengesahkan dipanggil untuk siasatan polis pada 18 Mac lalu berkaitan laporan ke atas saya.

“Saya memberikan kerjasama kepada pihak polis dan akan terus memberikan kerjasama bagi membantu proses siasatan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat memberikan pendedahan lanjut berikutan siasatan masih berjalan.

Menurutnya, beliau sedang berbincang bersama pasukan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya.

“Saya akan meneruskan tugas sebagai Adun seperti biasa dan berjuang untuk menegakkan demokrasi serta keadilan sosial,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, polis menerima laporan kejadian dibuat seorang wanita berusia 31 tahun pada 16 Mac lalu.

Beliau berkata, mangsa mendakwa mendapat gangguan seksual daripada suspek ketika mereka keluar membeli-belah di sebuah pusat beli-belah di Bandar Sunway, di sini, jam 8.40 malam.

Menurutnya, semasa berada di dalam kereta untuk keluar makan, suspek bertindak meraba, menarik bahu dan memegang tangan mangsa menyebabkan wanita itu menolak.

Berikutan kejadian itu, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. – myMetro Online

Tags: ADUN Permatang PasirFaiz Fadzilmencabul
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Anggota Tentera Jilat Tangan Wanita Ditahan

07/10/2021
0

AMPANG JAYA - Anggota tentera yang mencabul seorang wanita dengan menjilat tangan mangsa di sebuah kedai vape di Taman Keramat,...

ADUN Permatang Pasir Didakwa Lakukan Serangan Seksual

10/06/2021
0

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang, Muhammad Faiz Fadzil didakwa di Mahkamah Majistret di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd