• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Kluster Baharu Covid-19

oleh
02/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti tujuh kluster baharu penularan jangkitan Covid-19, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, enam daripadanya membabitkan kluster berkaitan tempat kerja manakala satu kluster membabitkan kumpulan berisiko tinggi. 

Menurutnya, tiga kluster baharu berkaitan tempat kerja dikesan di Selangor iaitu kluster Taman Alam, Sementa dan Jalan Mawar.

“Dua dikenal pasti di Johor iaitu Jalan DPB Enam dan Jalan Cyber Satu dan satu kluster lagi yang berkaitan penularan jangkitan di tempat kerja adalah kluster Persiaran Bayan Indahdi Pulau Pinang.

“Sementara itu, kluster baharu yang dikesan membabitkan kumpulan berisiko tinggi adalah kluster Jalan Bukit Blossoms di Negeri Sembilan,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Secara keseluruhan, katanya, 1,152 kluster penularan jangkitan Covid-19 sudah direkodkan di negara ini.

Menurutnya, jumlah kluster yang sudah tamat membabitkan 663 kluster termasuk enam kluster yang tamat pada hari ini.

“Kluster yang tamat hari ini ialah kluster Jalan Kluang, Taman Sejahtera, Jalan Labuk, Jalan Ragum, Industri Indah dan Jalan Mega.

“Jumlah kluster aktif dengan kebolehjangkitan adalah 489 kluster. Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini membabitkan 75 kluster.

“Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Industri Sungai Gadut (56 kes), Kluster Jalan Muhibbah (49 kes), dan Kluster Jalan DPB Enam (36 kes),” katanya.

Sehubungan itu, katanya, KKM ingin terus menasihati orang ramai supaya patuhi saranan serta nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

“Amalkan 3W (Wash, Wear dan Warn). Patuhlah kepada prosedur operasi standard SOP sebagai normal baharu. 

“KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya. 

Dr Noor Hisham berkata, orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini selain KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKMkluster
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd