• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

53,287 Orang Terima Suntikan Pertama Vaksin Covid-19

oleh
03/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seramai 53,287 individu telah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sehingga Selasa.

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, daripada jumlah tersebut, negeri yang merekodkan jumlah keseluruhan tertinggi penerima suntikan Covid-19 ialah Sarawak iaitu sebanyak 9,737 orang.
Menurutnya, Perak merekodkan jumlah keseluruhan penerima suntikan kedua tertinggi dengan 5,714 orang diikuti Pahang (5,696) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (5,601).

“Selain itu, Kelantan merekodkan jumlah suntikan sebanyak 4,593 orang, diikuti Johor (4,430), Kedah (3,017), Terengganu (2,438) dan Selangor (2,047).

“Jumlah penerima suntikan bagi Negeri Sembilan ialah sebanyak 1,905 orang, selain Pulau Pinang (1,821), Melaka (1,501), Sabah (1,317), Wilayah Persekutuan Labuan (1,285), Perlis (1,057) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu sebanyak 1,028 orang,” katanya menerusi ciapan di akaun Twitter beliau pada Rabu.

Sementara itu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) melaporkan, sehingga jam 8 pagi Selasa, sebanyak 1.7 juta individu telah mendapatkan suntikan vaksin berdasarkan permohonan menerusi aplikasi MySejahtera.

Bagi memastikan kejayaan program vaksinasi tersebut, kerajaan menyasarkan sebanyak 80 peratus atau 27 juta penduduk Malaysia perlu diberikan suntikan vaksin bagi membolehkan negara mencapai imuniti kelompok.

Pada 24 Februari lalu, kerajaan telah memulakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama dalam Malaysia yang menerima suntikan tersebut, diikuti Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dengan menggunakan tema ‘Lindung Diri, Lindung Semua’, PICK akan dilaksanakan dalam tiga fasa dengan fasa satu bermula Februari hingga April 2021 untuk kumpulan petugas barisan hadapan melibatkan 500,000 orang.

Fasa dua pula bermula dari April hingga Ogos membabitkan kumpulan warga emas berumur 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi serta orang kurang upaya melibatkan 9.4 juta orang.

Fasa tiga pula dari Mei 2021 hingga Februari 2022 untuk penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas sama ada warganegara atau bukan warganegara dengan sasaran lebih 13.7 juta orang. – Sinar Harian

Tags: ImunisasiPICKvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd