• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

452,919 Sudah Terima Vaksin Covid-19

oleh
23/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 452,919 individu di negara ini sudah menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dalam satu infografik yang dikongsikan di laman Twitter rasminya hari ini berkata, daripada jumlah itu, seramai 422,058 individu menerima suntikan dos pertama, manakala 30,861 individu sudah melengkapkan kedua-dua suntikan vaksin itu.

Tiga negeri mencatat jumlah tertinggi individu yang menerima dos pertama vaksin tersebut iaitu Selangor (55,763), Perak (49,053) dan Sabah (40,842).

Ini diikuti Kuala Lumpur (36,616), Sarawak (35,913), Pahang (33,257), Johor (30,868), Pulau Pinang (29,568), Kedah (26,287), Kelantan (19,716), Terengganu (19,090), Negeri Sembilan (17,884), Melaka (10,727), Perlis (9,526), Putrajaya (4,605) dan Labuan (2,343).

Bagi individu yang sudah melengkapkan kedua-dua suntikan vaksin berkenaan pula, tiga negeri mencatatkan jumlah tertinggi iaitu Sarawak (9,537), Pahang (3,677) dan Kuala Lumpur (2,722).

Diikuti Johor (2,609), Perak (2,363), Kedah (1,896), Kelantan (1,879) Sabah (1,167), Selangor (1,017), Labuan (911), Pulau Pinang (721), Negeri Sembilan (530), Putrajaya (519), Perlis (504), Terengganu (442) dan Melaka (367).

Program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Februari itu, menyasar untuk memberikan imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing. – BERNAMA

Tags: ImunisasiKKMPICKvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd