• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Langkah Tambahan Bantu Rakyat – PM

oleh
01/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan merangka empat langkah tambahan untuk membantu rakyat dan ekonomi negara dalam tempoh terdekat, susulan kawalan pergerakan yang masih dilaksanakan bagi mengekang penularan COVID-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia termasuk menyediakan bantuan secara bersasar kepada kumpulan rentan, terutama golongan miskin serta mereka yang kehilangan pendapatan.

“Kita akan meningkatkan sokongan kepada perniagaan terutama yang masih tidak dapat beroperasi dan perniagaan yang dalam proses pembukaan semula pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kerajaan akan memberi tumpuan kepada sistem penyampaian awam, terutama bagi memastikan bantuan sampai kepada semua yang memerlukan.

“Usaha juga akan digerakkan untuk menyegerakan pelaksanaan projek pembangunan dan mengurangkan kerenah birokrasi supaya aktiviti ekonomi kembali rancak sehingga ke peringkat akar umbi dan menggalakkan pelaburan baharu dari dalam dan luar negara.

“Kerajaan akan turut memberi fokus utama kepada agenda pendigitalan selaras pertumbuhan sumber kekayaan baharu dan transformasi ekonomi negara dalam aktiviti yang berasaskan pengetahuan dan inovasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin di Putrajaya, hari ini.

Majlis turut dihadiri Menteri Kabinet dan pengurusan tertinggi kerajaan.

Walaupun aktiviti ekonomi akan dibuka, Perdana Menteri menegaskan, kawalan pergerakan masih diperlukan termasuk membabitkan sempadan antarabangsa, merentas negeri dan aktiviti sosial serta perniagaan yang mana penjarakan fizikal tidak dapat diamalkan. 

Katanya, pembukaan aktiviti berkenaan hanya dapat dilaksanakan selepas imunisasi mencapai tahap tertentu dari segi liputan rakyat. 

Selain itu, Muhyiddin berkata, kerajaan juga akan menggubal strategi mengawal penularan COVID-19 berdasarkan data diperoleh, dengan mengambil pendekatan lebih bersasar melalui pelaksanaan PKP yang lebih ketat di lokasi kluster jangkitan. 

“Penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (SOP) akan dipertingkatkan dan tindakan tegas akan diambil ke atas mereka yang tidak mematuhi SOP.

“Ini bagi memastikan aktiviti ekonomi dan mata pencarian majoriti rakyat serta perniagaan dapat kekal dibuka dan diteruskan,” katanya. – BH Online

Tags: bantuan kerajaanCovid-19ekonomi negararakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

90% Rakyat Malaysia Hanya Guna 100 Liter Petrol Sebulan

90% Rakyat Malaysia Hanya Guna 100 Liter Petrol Sebulan

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Data menunjukkan hampir 90 peratus rakyat Malaysia hanya menggunakan secara purata 100 liter petrol sebulan. Ia bermakna...

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd