• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Beranak Dituduh Eksploitasi, Dera Amah Kemboja

oleh
19/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan memperdagangkan dan melakukan kekerasan ke atas pembantu rumah wanita warga Kemboja dalam kejadian 24 Februari lalu.

Tertuduh, Teoh Beng Sim, 56, dan Teh Hooi Fung, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dua beranak itu secara bersama didakwa memperdagangkan wanita dikenali sebagai ‘Soy Rom’ yang berusia 27 tahun bagi maksud eksploitasi pengabdian dengan cara kekerasan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Perpaduan Kampung Baru, Bukit Mertajam pada jam 10.45 malam 24 Februari lalu.

Mereka berdua didakwa mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan serta sabit kesalahan boleh dipenjara antara tiga hingga 20 tahun dan boleh didenda.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Syeqal Che Murat, manakala kedua-dua beranak itu diwakili peguam Datuk Supramaniam Kasia Pillai. 

Ketika prosiding kes berlangsung, pihak pendakwa tidak menawarkan sebarang ikat jamin terhadap mereka memandangkan kesalahan serius dilakukan.

Bagaimanapun, pihak pembelaan merayu dua anak guamnya dibenarkan ikat jamin dengan alasan kedua-dua tertuduh memberikan kerjasama baik sepanjang siasatan dijalankan polis. 

Noor Aini kemudian membenarkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan 19 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes. 

Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan dengan mengarahkan kedua-dua tertuduh melapor diri di balai polis berhampiran setiap 15 hari bulan sehingga kes selesai. 

Dalam kejadian 24 Februari lalu, polis menyelamatkan seorang pembantu rumah wanita warga Kemboja dipercayai didera majikannya sebaik menerima aduan daripada orang awam.

Pemeriksaan dijalankan mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan fizikal di bahagian muka, kesan parut melecur di lengan, luka bekas jahitan dan beberapa kesan calar di badan serta kaki mangsa.

Mangsa mengadu didera majikannya (isteri) termasuk dengan cara dipukul, disimbah air panas dan dicubit. – BH Online

Tags: dera pembantu rumahmemperdagangkanwarga kemboja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rayuan Akhir Rozita Ditolak

24/09/2020
0

KUALA LUMPUR - Suri rumah yang mencetuskan kontroversi dalam kes dera pembantu warga Indonesia empat tahun lalu sehingga menyebabkan mangsa...

Inspektor Didakwa Perdagangkan Wanita Mongolia

29/04/2020
0

INSPEKTOR polis dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Klang, hari ini atas dua tuduhan memperdagangkan dua wanita warga Mongolia, minggu lalu. Tertuduh,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd