• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

129,000 Penerima Lengkapkan 2 Dos Vaksin Covid-19

oleh
29/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 129,110 individu dalam negara telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam, 28 Mac.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, bagi tempoh sama, 451,655 individu menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 di negara kini adalah 580,765.

Menerusi satu infografik yang dikongsikan di laman Twitter rasminya hari ini, Dr Adham berkata, Selangor kekal sebagai negeri teramai menerima suntikan dos pertama vaksin iaitu 63,675 kemudian Perak (49,5454) dan Sabah (42,030).

Ini diikuti Kuala Lumpur seramai 39,622, Sarawak (37,889), Johor (35,303), Pahang (33,466), Pulau Pinang (31,802), Kedah ((26,355), Negeri Sembilan (22,212), Terengganu (21,403), Kelantan (19,815), Melaka (11,963), Perlis (9,533), Putrajaya (4,695) dan Labuan (2,347).

Sementara itu, Sarawak mencatat jumlah individu teramai telah melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin Covid-19 iaitu 19,145 kemudian Pahang (12,889) dan diikuti Selangor (11,642).

Seterusnya adalah Kelantan iaitu seramai 11,604, diikuti Kuala Lumpur (10,890), Sabah (10,193), Johor (9,991), Perak (9,760), Terengganu (6,809), Kedah (6,007), Pulau Pinang (4,977), Negeri Sembilan (4,643), Melaka (4,103), Putrajaya (2,234), Perlis (2,157) dan Labuan (2,066).

Jumlah pendaftaran untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pula adalah 7,235,436 atau 29.83 peratus dengan Selangor merekodkan angka tertinggi iaitu 1,996,905.

Mengikut perancangan program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April ini akan membabitkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Program akan diteruskan bagi fasa kedua yang dijangka bermula April hingga Ogos tahun ini membabitkan 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah morbiditi, selain orang kurang upaya.

Sementara fasa ketiga yang dijadualkan bermula Mei hingga Februari 2022 adalah untuk kumpulan individu berusia 18 tahun dan ke atas dengan sasaran kira-kira 14 juta orang. – BERNAMA

Tags: ImunisasiKKMvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

27/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan proses bedah siasat forensik dalam kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham...

Penjualan Vape Akan Diharamkan Sepenuhnya – Dzulkefly

Penjualan Vape Akan Diharamkan Sepenuhnya – Dzulkefly

10/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan akan mengharamkan sepenuhnya penjualan rokok elektronik atau vape sebagai langkah membendung penyalahgunaan produk berkenaan. Menteri Kesihatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd