• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1.4 Juta Perlu Lengkapkan Pendaftaran Program Imunisasi

oleh
15/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai 1.4 juta individu yang telah mendaftar untuk menerima vaksin bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, diminta melengkapkan pendaftaran mereka bagi membolehkan tarikh janji temu diatur.

Menteri Penyelaras program itu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata pihaknya dimaklumkan bahawa individu terbabit hanya mengesahkan nama dan nombor kad pengenalan ketika mendaftar melalui aplikasi MySejahtera.

Bagaimanapun, katanya, mereka tidak menjawab soalan berkaitan penilaian kesihatan, selain tiada memasukkan alamat masing-masing menyebabkan pendaftaran tidak lengkap.

Justeru, beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, individu terbabit akan menerima notifikasi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ke telefon bimbit supaya melengkapkan pendaftaran, bermula petang ini.

“Maklumat alamat adalah penting kerana kita akan memberi janji temu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berhampiran alamat yang dimasukkan ketika pendaftaran.

“Kita tidak mengambil alamat dalam kad pengenalan. Ini kerana ramai yang tidak duduk di alamat seperti dalam kad pengenalan.

“Alamat ini boleh ditukar pada bila-bila masa,” katanya pada sidang media mingguan Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Sehubungan itu, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya berharap individu terbabit dapat segera melengkapkan pendaftaran masing-masing. – BH Online

Tags: mysejahteravaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Guna Semula Aplikasi MySejahtera Pantau Kes COVID-19’

‘Guna Semula Aplikasi MySejahtera Pantau Kes COVID-19’

15/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) disaran mengguna pakai lima langkah strategik untuk mengawal penularan kes COVID-19 di negara ini termasuk...

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd