• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Wakil Rakyat Patut ‘Malu’ Dengan Ebit Liew”

oleh
05/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Saya rasa malu sebab saya wakil rakyat, dan saya tidak dapat buat sebanyak yang dia buat,” kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa ketika mengulas mengenai pendakwah, Ebit Liew, yang dilihat pantas dalam melakukan kerja amal dan sumbangan.

Annuar berkata, pendakwah itu adalah antara individu yang beliau ingin bertemu bagi berkongsi perkara berkaitan kebajikan dan sumbangan kepada rakyat yang mungkin boleh dipelajari daripadanya.

“Mungkin saya berbeza pandangan sedikit, peranan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) lain dan peranan kerajaan lain, tetapi dalam masa yang sama kita (pemimpin) harus ada perasaan malu, bukan malu dalam bentuk yang negatif, malu positif.

“Ini kerana orang yang tiada kuasa macam beliau (Ebit Liew) sanggup berbuat lebih, bagaimana kita orang yang ada kuasa, kita tidak berbuat cukup,” katanya dalam program Bicara Minda secara maya anjuran Sinar Harian malam tadi.

Bagaimanapun, Annuar berkata, tanggungjawab kerajaan tidaklah serupa dengan tanggungjawab NGO kerana kerajaan juga perlu menumpukan untuk merangka dasar yang baik.

Selain itu beliau berkata, kerajaan juga perlu mengadakan agenda dan program yang mungkin tidak dilihat oleh rakyat sekarang tetapi hasilnya akan dapat dilihat dalam tempoh jangka masa lebih panjang.

“Kalau ada sesuatu masalah kita turun dan selesaikan, itu pun penting tapi sebagai kerajaan terutamanya kita harus memikir jauh daripada itu.

“Jadi kalau tidak nampak turun (padang) bukan bermakna kerajaan tidak berfungsi, tetapi adalah lebih baik kalau kita menguruskan kerajaan dari segi pelaksanaan dasar yang baik sementara kita juga terus menjadi sebuah kerajaan yang prihatin dan cakna kepada permasalahan rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Annuar Musaedit lewkerja amalsumbanganwakil rakyat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekas Pengerusi Mara Inc Didakwa Rasuah

Next Post

Polis Terima 7 Laporan Terhadap Tommy Thomas

Related Posts

6 Wakil Rakyat Bersatu Sahkan Terima Notis Keahlian Terhenti, Akur Keputusan Parti

6 Wakil Rakyat Bersatu Sahkan Terima Notis Keahlian Terhenti, Akur Keputusan Parti

13/06/2024
0

Kota Bharu : Enam wakil rakyat daripada Bersatu mengesahkan menerima notis daripada parti itu berhubung keahlian mereka terhenti serta merta....

Bersatu Sudah Putuskan Status 7 Wakil Rakyat Paling Tadah

Bersatu Sudah Putuskan Status 7 Wakil Rakyat Paling Tadah

08/06/2024
0

Kuala Lumpur : Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah memuktamadkan keputusan status tujuh wakil rakyatnya yang...

Next Post

Polis Terima 7 Laporan Terhadap Tommy Thomas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd